Saturday, December 24, 2011

Bukan Wordless Wednesday.

Aku tahu Rabu lambat lagi. Gila kau nak wish Rabu cecepat tiba. Bila dah Rabu tinggal  berapa hari je lagi nak exam. Exam macam biasa. Aku akan gila nervous tapi masih mampu senyum dan berlagak biasa. Errr atau aku je yang perasaan begitu?

Aku paste gambar kat bawah and let the picture story to you. Okey?

exam!

 

notakakitangan: Siap buat background untuk encek lappy bagai. Ye lah kalau tak aku tak alert. Macam lagi seratus tahun nak exam padahal kira dengan jari pon boleh. Tambahan lagi dah takde siapa-siapa dah nak tolong ingatkan please study.

Sunday, November 27, 2011

We are back.

Actually dah #gilalamasangatamat kami tidak bergambar bertiga begini. And it such a bless for me.

It’s getting better and me really hope it last forever. Hope that too no more nonsense things will

interrupt our relationship as we’re more mature to handle such things now.22 dah kot. Ameen.

Thanks to Twilight Breaking Dawn. Eh? haha.

And for Bella u’re soo lucky and selfish at the same time.

Gila ramai kot yang sanggup berkoraban nyawa untuk anda dan u’re selfish enough to let them die

for u. Eeee.

 

IMG_0503

IMG_0509

 

notakakitangan: Makin hari makin tinggi. Thanks to wedges. Aha!

Friday, November 25, 2011

Which stages are we?

How i wish you have superpower so that u can read my heart line by line.
The line by line i only wrote for u to read that i unable to write them in words.
Read it understand it and u will definitely understand me, my ego, my act.
And how i wish u stop believing that u have the superpower because u don’t!





notakakitangan: Kecamuk!

Monday, October 31, 2011

Clerkship Yang Yummy!

Hai!

Tetiba hai pulak kan hari ni biasa pakai main attack je kan salam tak apa tak. Berubah angin sikit dowh!

Ok. Hari ni hari yang sangat dinanti-nantikan.Sangattt! Clerkship. Kalau kau ambik course pharmacy dan sekarang nih berada di tahun 1,2 atau 3 mesti kau dah muak baca status senior tahun empat kau orang tentang clerkship itu dan ini. Aku pon masa berada di tahun selain tahun empat agak blur-blur jugak apakah itu clerkship? Dan kenapakah ia sangat digeruni? Dan hari ini aku sudah mendapat jawapan yang paling tepat selepas diorientasikan oleh beberapa orang registered pharmacy U44 atau kau akan panggil dorang preceptor sepanjang clerkship di Hospital Pulau Pinang pagi tadi.

Dan hasil dari orientasi itu apa yang aku dapat capai clerkship itu yang pastinya bukan sejenis binatang mahupun kuih yang boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Memang tidak! Clerkship itu juga bukan sejenis kapal yang dikemudi oleh seorang kerani. Please, please jangan bodoh sangat untuk men’translate’ sebegitu rupa. Clerkship itu apa yang aku faham dalam keadaan separa sedar sambil menguap 18x adalah sejenis program yang dijalankan untuk bakal graduan pharmacy dan bukan untuk graduan culinary sebagai persediaan sebelum menjadi Pre-Registed Pharmacy (PRP) di mana-mana hospital milik kerajaan. Atau lebih ringkasnya sepenjang 7 minggu kau menjalani clerkship kau harus berlakon atau berpura-pura yang kau ini seorang pharmacist yang hebat. Lagi hebat kau berlakon lagi hebat markah kau. Tapi perlu diingatkan yang anda harus bersifat ikhlas dan jujur. Segala maklumat haruslah benar,tepat,tiada penipuan dan yang paling penting dari rujukan yang sahih dan bukan dari mana-mana laman sosial yang ada di laman sesawang dewasa ini.

Dan harus jugak diingatkan bahawa kerja seorang pharmacist itu bukanlah sekadar memberikan ubat ataupun menjaga stor semata-mata. Please be alert people.Sila betulkan mindset anda kembali selepas membaca entry aku nih. Please wake up! Hamboii marah pulak kau. Di sini akan aku sertakan apa yang akan kau jalani sepanjang 7 minggu kau di’clerkship’kan. Barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Eh kaitan pharmacy dan langit apa? *ok sila abaikan*

Ini jadual clerkship aku sepanjang 7 minggu yang mendatang:

  • Pharmacy managemant.
  • Satellite pharmacy
  • Oncology pharmacy
  • Drug information service
  • Counselling
  • Therapeutic drug monitoring
  • Total parenteral nutrition

Satu point untuk satu minggu. Adakah kau orang nampak mana-mana point diatas yang dengan jelas lagi bersuluh spotlight stated kendalian setor? Takde kan? So pharmacist is not about being drug stor keeper dan dapat gaji beriban-riban semata-mata. Sila ambil perhatian. Nanti aku akan explain satu-satu point diatas agar kau orang lebih faham dan menghormati profession pharmacy ni sebagaimana kau orang menghormati profession kedoktoran bila aku ada kelapangan. Sekarang aku kena pergi baca buku pasal pharmacy management sebelum aku kena shot dengan aku punya preceptors esok.

Macam manalah tak gerun bila nak kena revise balik perihal yang berlaku dua tahun lepas. Subject pharmacy management ni aku ambik masa tahun dua dan baru sekarang aku kena praktikkan balik apa yang aku belajar. Gila masak dowh slides lectures pon ada lagi ke aku dah delete ntah. *faint*

Sampai ke temu lagi.

notakakitangan: Yummy betul minum pagi tadi. Nasi lemak best! Clerkship yang yummy.

Tuesday, October 25, 2011

Hidup aku sebagai aku.

Ya. hidup aku sebagai aku. Dan hidup korang sebagai korang. Ada yang sama dan ada berbeza. Yang sama mungkin kita dapat lalui bersama. Dengan kegembiraan. Sebab yang sama tidak mungkin ada perselisihan hingga menimbulkan kesedihan. Jadi kita lalui bersama kesamaan itu dalam kegembiraan.

Lain pula hal nya dengan perbezaan. Bukan sekepala. Kau tidak boleh paksa aku untuk sekepala dengan kau. Dan aku jugak tidak boleh menolak kau masuk dalam ruang kepala aku yang tidak sekepala dengan kau. Walau hakikatnya aku cuba namun penolakkan itu tetap terjadi.

Lalu lakonan bermula. Sampai satu tahap aku bosan. Lalu aku putuskan sudah lah aku dan kau dua kepala yang berbeza timur dan barat dan mana mungkin kita searus. Dari dulu aku rasakan tapi aku bertahan. Sebab aku cuba untuk tidak memilih sangat.Aku rasa aku mampu tapi tidak.Aku tetap aku yang memilih dalam berkawan.Semenjak dua kehidupan kau aku rasa macam err. Entah lah kau definisikan sendiri lah jika kau rasa tulisan ini tertuju tepat pada kau.Aku blah. Maaf lah aku memang emo.

notakakitangan: Banyak yang sinis ingin aku perkatakan tapi biarlah hati aku saja yang mencernakannya. Nanti lain pula jadinya.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday- Yang ke berapa ntah!

IMG_0169

 

notakakitangan: Gerakkan cursor anda ketengah entry blog. Kenapa ntah jadik camtu. Hasil nukilan doodle2 bodo kat iphone. Kartun serabai tu bukan aku!

Tuesday, October 11, 2011

Huh! Blah ah Kau!

Pang! *tampar pipi kau kuatkuat*

Aku sedang marah. Tapi sebab aku cool aku lepas kat sini je.

Cool kan aku. Heh!

 

notakakitangan: sakit hati woiiii !!!!! Kau tahu sakit hati tu mcm mana??

Sunday, September 25, 2011

Rasa itu.

Hmm..dah lama tak ber-emo disini. Empat bulan dirumah tiada apa yang perlu di-emo kan. Dimanjai siang malam bagai puteri, bila kembali ke asrama rasa lah kau. Betapa hidup sendiri itu susah. Uraturat kasar di tapak tangan kembali menjelma. Mengikat perut sambil melayan usikan nakal imbasan makanan di rumah itu dah jadi satu tabiat. Bukan ketiadaan duit tapi ketiadaan rasa untuk merasa apa jua yang dihidangkan di kedai sana. Yang akhirnya diputuskan untuk menahan saja amaran bunyibunyi keras hasilan si perut. Paling tidak jika tidak tahan ku kunyah laju penuh rakus Mister Potato Crisp kaler biru. Itu pon stoknya sudah habes malam ini. Itu kisah aku,rumah dan makanan.

Malam ini sunyi. Di saat mata tak mahu mengundurkan diri tapi ketiadaan rasa untuk menyelak muka surat bukubuku tebal puluhan dan ratusan ringgit itu apatah lagi menyiapkan segala bagai keskes pesakit yang berpenyakit itu. Aku memutuskan untuk menulis. Perkara biasa yang aku lakukan cuma kadangkadang terzahir di sini kadangkadang sekadar bertulisan cakar ayam di benak cuma. Di benak yang terlampau banyak hal yang tersimpan. Kadangkadang tak tertanggung oleh tubuh kecil ini.

Tapi itu hal aku. Aku punya hal. Kadangkadang aku biarkan sahaja hal  yang macammacam itu. Membiarkan hal itu membuat hal masingmasing. Dengan harapan hal itu selesai dengan sendirinya. Tapi mana mungkin. Lambat laun hal yang macammacam itu akan mencari aku jugak minta diselasaikan. Bila tiba saat itu lah yang membuatkan malam aku seperti malam ini. Malam yang tak mampu untuk melelapkan mata. Satu hal yang aku paling tidak suka kerana ia mengganggu perjalanan hidup aku untuk hari esoknya. Nanti mesti timbul hal yang baru. Itu yang leceh. Bosan!

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Cuma aku bosan dengan hal yang macammacam itu. Sampai satu tahap bila aku terlampau melayan hal yang macammacam itu hasilnya dua semester jugak lah keputusan peperiksaan aku macam haram. Itu yang aku nak damn sana damn sini. Tapi gunanya apa berkelakuan begitu jika akhirnya batang hidung sendiri yang sakit.

Azam aku sebelum jengahkah muka di pintu pagar desasiswa aku nak simpan kejapkejap hal yang macammacam itu kat sini. Dalam hati. Biar mati di ‘metabolised’kan oleh enzyme hati lalu boleh di ‘excrete’ kan melalui urine. Tapi hampa! Hal macammacam yang lain pulak yang datang. Hal yang setahun lepas. Yang aku rasa sudah aku campak ke dasar hati paling jauh. Kalau nak cecah kesana mahu lima enam tangki oksigen diperlukan.Oh damn!

 

notakakitangan: Aku harap aku tabah. Itu sahaja yang aku perlu saat ini.

Wednesday, September 21, 2011

Mr Rieri. I love you!

Hey! I have a new boyfriend. Secondary boyfie. The other **Ri is still my number one. Aha!

Riri

notakakitangan: Berborak dengan benda bukan hidup ni seronok sebenarnya. Dia tak melawan.

 

R U Ready to win RM 1,000? http://goo.gl/IF0LA

Saturday, September 17, 2011

Ada Kejutan Tak Terduga.

It has being a week actually. Tapi baru nak update. Orie kan kerja tangguh-menangguh tu dah sebati dalam diri. Bestfriend forever. BFF! haha.

Yes talking about surprise. You love it, ain’t you? Me too. Surprise yang aku dapat tu dah setahun lamanya aku tunggu sampai aku dah tak ingat yang aku tunggu ‘benda’ tu. Then suddenly aku dapat jugak ‘benda’ tu melalui inbox facebook. Walaupon setahun tapi ‘benda’ tu macam memberikan satu penjelasan walaupon tak berapa jelas but at least aku boleh faham. Macam kau baca nota physiology lah kau rasa kau faham but then bila kena soal dalam kelas kau sebenarnya tak faham pon.

Written there :

     ‘ i’m not good with words.’- Someone.                                 

But then you know, i’m touched badly. Nangis! Air mata the only way how i convey my feeling. Marah pon aku nangis apatah lagi sedih ataupon terharu. Double airmata lah jawabnya. Yes! Aku terharu dengan penjelasan itu. At least u made an effort tough it takes a year.

 

notakakitangan: For that ‘pissed off’ thing i’m truly sorry. Didn’t mean it. For hurting someone like you is my bad.

sorry

Friday, September 16, 2011

I Love My Family. Do You?

11 Sept 2011.

His bufday but wait I’m forgot to wish him at the right time. I mean at 12.00am.Oh my bad. Sibuk sangat kemas barang nak bawak balik Penang. Bajet sikit je nak bawak balik tapi biasalah Orie end up buncit jugak bonet kereta tuh. Sorry Abah!

Dan pada tarikh itu jugak lah aku dikehendaki bertolak balik ke Penang. Balik Usm exactly. Balik untuk meneruskan perjuangan setelah empatbulan direhatkan daripada apaapa aktiviti mengggunakan otak samada otak kiri mahupon kanan. Teruk bukan? But itu lah aku. Cuti is rehat. Aku bet korang pon sama kan? aha!

Oh ye. Penagalaman balik Penang kali ini sangat menarik. During the rest time, I mean for abah lah sebab dia driver kitorang penumpang sepanjang jalan rest je duduk di seat penumpang. Berhenti rest di Banjaran Titiwangsa. Sejuk giloss. Dah la tempat tu sememangmemangnye sejuk tambah pulak hujan. Memang layan. Sampai si Haikal makan sambil berdiri tahantahan sejuk macam nak kencing tuh. Lagi syok oo sejuksejuk layan nasi kerabu ayam bakar dan daging bakar beli tepi jalan kedai makcik banyak mulut. Haish!

Yang menariknya bukan makcik banyak mulut tu tapi ni hah.

IMG_0223

Me, Aznil Hj Nawawi, Danish and Emyla.

‘Eh tomtombak lah’- Mukhriz. Mukhriz panggil Aznil tuh tomtombak. Lepas je makan disajikan pulak dengan rombongan genggeng Dj Era. Jumpa Ray but aku just say Hi. Boleh pulak lupa nak ambik gambar dengan dia. Ish! Dorang dari Johor menuju ke Kelantan untuk program Erathon kot. Dorang singgah situ pon sebab nak rehat masuk toilet. Oh ye. Toilet kat situ dah cantek. Berbaloi lah masuk toilet berbayar.

Lagi gambar kitorang dengan membaca artikel ini seterusnya. Eh macam ayat Beautifulnara pulak. hehe.

IMG_0222

This is Dina. Ala yang nyanyi lagu Selamat Tinggal ynag feat dengan Zizan Raja Lawak tuh.

Mum kat belakang tuh. Tengah cakap ngan sapa la tu.

IMG_0224

Abah pon nak jugak!

………………………………………………………………………………………………………

Lepas tu 10minit gerak dari situ berhenti lagik. Danish Harris berak pulak. Danish Harris kena ikut jugak hantar mak sedara dia ni balik Penang sebab mama dia tak dapat cuti. Kesian mum kena riba Danish yang besar gedabak tu sepanjang jalan.

Gambar lagik.

IMG_0226

Mak sedara paling sporting. Aku lah tuh. See my oldest anak sedara dah nak sama tinggi dengan aku. Baru darjah 5. See Danish Harris nampak mata hitam je. Ala rindu banyakkkkkk la kat kamu Danish Harris.

IMG_0227

Abah, Danish, me, Mukhriz and Haikal.

IMG_0228

Candid. Mum tengah bancuh susu Danish Harris.

 

notakakitangan: Aku sayang mereka sebab mereka sebahagian daripada aku.

 

Wash. Tone. Moisturize. http://goo.gl/WavmR

Thursday, September 8, 2011

Jangan merajuk tak bertempat.

Moral of the story. Kena lecture. Padan muka.

“kalau ada sorg antara kita mrh2 xpaya la nk merajuk xmsg xjwb.dgr je marah.da abes mrah ok la.xda pa yg xpayah msg ke balas balik.i xsuka mcm tu”

Pedih la jugak dapat mesej ni semalam. Tapi rasa betul jugak kan. Baru pergaduhan tu tak melarat-larat. Marahmarah makin di layan makin menjadi. So diam jalan penyelesaian terbaik. Jangan menjawab.

notakakitangan: first time kena lecture dgn org selain mum dan abah.

Wednesday, September 7, 2011

Scaling.Gigi cantik tanpa karang gigi.

Hai. Assalamualaikum.

Senyum sikit. Lama tak jumpa kan. Smile

Bukan sibuk apatah lagi meyombong. Tapi biasalah kegiatan menulis di blog hanya akan giat dijalankan bila timetime nak exam, timetime assignment melambak, timetime lab report tak siapsiap, atau pelbagai time yang sepatutnya digunakan untuk benda yang patut didahulukan antaranya seperti tertera diatas.

Timetime free cuti empatpulohbulan eh silap empatbulan takde rasa mananya pon nak menulisnulis blog nih. Apatah lagi nak jenguk blog orang lagi malas. Yang tahu nya nak membuta je. Ganti tidor yang tak cukup di U katanya. Padahal kat U pon membuta jugak.haha. Itu aku. Aku tak dedikasi kat sapasapa pon. Tapi kalo nak terasa pon tak kesah. Kan 1 Malaysia.

Aha! Panjang benar intro nya. Tapi cikgu karangan aku dulu ada pesan kalo intro cantik dan cun nanti orang akan baca sampai habes. Cantik macam kau tak intro aku? *Boleh pegi tengok cermin dan jawab sesenyap dalam hati kauorang*

Okok. Ni baru nak masuk isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Scaling itu apa bendanya kau? Aku faham kalo korang tak tahu sebab aku pon first time je dengar. Aku biasa panggil cuci gigi je. Tapi bila dentist tu tau je aku budak pharmacy terus cakap guna termterm medical bagai. Cuti empatbulan doc banyak yang tak ingat. Doc senyum sinis. Ah terpukul. Tapi aku bijak. Aku agakagak ejaan scaling tu macam mana so masa si doc tu tgh scaling gigi kakak aku, aku curik bukak dict kat tepon type S.C.A.L.I.N.G. Untung iphone kecik tak besar macam ipad.

“the removal of calculus and other deposits on the teeth by the means of instruments”

Oh. Proses itu dipanggil scaling.

Sakit tak? Tak sakit sangat tapi ngilu. Tapi yang pasti berdarahdarah la jugak. Mulamula tu ok lagik sebab tak nampak darah. Bila doc suruh ludah dan kumur tengok darah dah start cuak. Cakap je budak pharmacy selalu je tengok darah katak. Itu darah katak. Ini darah manusia. Lain tau. Lain. Pegang tisu kuatkuat. Doc sambung kikiskikis karang kat gigi. Tapi hasil memuaskan. Thumbs up la doc.

Masa on the way balik abah ajak pergi lunch. Dapat idea nak pekena abah. ‘Eh abah doc tu pesan tak boleh makan selama seminggu kena minum air je.’ Abah ‘Hah.Seminggu? Serious?. Aku *anggukangguk kepala. Abah tanya lagi ‘betul ke ni?’ Aku ‘tipu jelah bah. Ada ke macam tu’ Abah *gelenggeleng kepala sambil senyum* dan cakap ‘ish budak nih’. Lepas balik rumah sehari suntuk senyum nampak gigi.Aku dan kakak aku. Duadua jenis masuk air. Masuk bilik pakatpakat senyum lawan gigi sapa lagi bersinar. Bengong!

scaling

Dapat ubat gigi free dan pamplet free. Mouthwash plandura tu mau rm12 jugak. Baik untuk gusi.

notakakitangan: Scaling nih doc tu cakap penting sebab kalo dibiarkan boleh kena infection kat gusi menyebabkan gusi bengkak dan berdarah bila berus gigi.

 

Have your say, in a united voice. http://goo.gl/3g7Yw

Thursday, August 25, 2011

Reappear. Same goes to them.

Missing this goguma couple damn much. Watch they’re singing together rasa macam nak menitis air mata. Ooouch! So sweet macam goguma jugak. Thank for this video kamoo!
















Banmal song ni dorang tulis sesama sebagai task dalam We Got Married. Tapi after program tu tamat Yong Hwa nyanyi sorang je. Kira masuk album CNBlue lah. Banmal tu maksud dia macam informal speech lah. Masa mulamula kenal SeoHyun macam segan nak guna bahasa informal dengan YongHwa sebab dorang tak kenal rapat dan YongHwa tu lagi tua dari SeoHyun. So kira macam YongHwa mintak kat SeoHyun tak yah nak guna formal speech bila cakap dengan dia. Baru rasa macam rapat dan laki bini.

Dorang sangat sweet. Haish masih terbayang-bayang lagik kemesraan malumalu tapi mahu dorang dalam WGM tuh. Sumpah rindu nak tengok dorang lagik. Sebab tu sedih bila tengok dorang nyanyi samasama kira macam couple yang korang tak expect pon akan break tapi ter-break then sambung balik. Ohh kyeopta!


notakakitangan : Look like they bumped into each other at the end of this video. Siap bunyik Ohh lagik.SeoHyun nervous abes la tuh!
notakakitangan1: Goguma tu potato. Couple nih suka makan goguma then terus fans bagi gelaran goguma couple.



We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN! http://goo.gl/XYJdP

Thursday, August 4, 2011

Perjalanan hidup aku bersama blogger.

Fuh.Fuh. Haish degil betul sesawang kat belog nih taknak blah. Tengok betapa lama dah aku tak bertandang ke sini. Last entry pon pasal Wordless Wednesday ritu. Dan dua minggu jugak lah ter-miss #WW tuh. Takdak gambar cun yang nak disiarkan. Kalau main siar je gambar apaapa ntah tak best lah. Takdak moral value behind it orang cakap.

Hari ini 4 Ramadhan tergerak pulak hati ini nak menulis. Walaupon takdak bahan pon nak dijadikan bahan untuk entry terbaru nih tapi nak jugak menaip. Dalam rajin rajin malas aku menaip kat sini rupanya dah ada 162 entry dah belog aku nih. Macammacam benda dah aku cerita kat sini. Kiranya 162 entry tu yang berjaya di-published lah. Yang dah berkurun dalam draft tu pon banyak. Tu tak masuk lagi yang taip pepanjang tetiba mati akal sekerat jalan pastu amek jalan mudah tekan DEL punya button.

Aku on blogger since July 2009. Kira dah masuk umur 2 tahun jugak lah belog nih. Kalau anak orang kira dah boleh berjalan dan bercakap. Dah boleh mencarut jugak. Eh bukan lah cakap aku dah boleh taip entry mencarut. Tak.Tak. Tak terpikir pon. Taip entry biasabiasa pon masih takat difahami oleh diri sendiri je. Kalau orang awam lain baca entah faham tidak apa aku taipkan. Inikan pulak nak taip entry tahap metafora hiperbola alaala mencarut. Memang tak ahh.

Dan selama 2 tahun tu jugaklah aku ada 33 follower  dan 152 published komen yang  bagi aku sudah cukup banyak as blogger biasabiasa tak femes macam cik epal. oklah dari takdak langsung kan? Aku pon tak tahu apa sebab dorang yang seramai 33 orang tu follow belog aku. Follow sebab nak suruh aku follow belog dorang balik atau memang follow sebab tertarik dengan belog aku. Tapi apaapa pon alasan korang follow belog aku, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Terima kasih daun keladi, ada masa datang lagi.

Aku memula join blogger ni memang sebab terpengaruh. Terpengaruh ngan satu belog artis nih. Aqasha. Korang kenal tak Aqasha? Pepandai lah google kalau tak kenal. Bila aku baca belog dia memang totally different kalau tengok dia kat tv ngan gaya penulisan dia. Aku selalu je bila habis baca satusatu entry dia aku akan cakap ‘eh betul ke Aqasha yang tulis nih?’. Bagi aku lah gaya penulisan dia memang sastera habis. Dan aku suka gaya penulisan begitu. Dan niat aku memula bina belog nih pon sebab kononkonon boleh menulis gaya seperti itu. Tapi kalau tiru gaya orang kemana sangat lah kita. Lastlast tak kesitu pon belog nih. Sekadar belog picisan yang biasabiasa saja. Bila ada sesuatu yang aku rasa aku nak tulis atau ada apaapa gambar yang boleh aku abadikan di sini aku buat entry baru. Sekadar itu saja.

 

notakakitangan: Itulah emo itu cute. Tapi ini bukan lah entry emo kesan nuffnang yang tak naiknaik. Tapi kalau yang membaca ni rasa nak tolong naikkan silakan. Smile

 

Hurry! Purchase a Samsung product and redeem your free gift today!http://goo.gl/F1sGN

Wednesday, July 20, 2011

#4 Wordless Wednesday

ayam

 

notakakitangan: pinjam gambar kejap ye? kikiki

 

Put on Bausch & Lomb contact lenses that give you the Freedom To Look Hot!http://goo.gl/cNdSi

Friday, July 15, 2011

Bersantai bersama mereka.

Mereka tu tak lain dan tak bukan aku punya family lah. Susah oo nak plan percutian sesimple nih pon. Bila dah set tarikh cuncun tapi dekatdekat ngan tarikh ada la yang cuti tak di approved lah, anak demam lah, kereta tak bayar roadtax lagi lah. Ye lah dorang semua dah ada family memasing. Aku lain cerita lah. Empat bulan oo cuti. Percutian ni pon idea bernas aku jugak sebab bosan wei duk melangut buncitkan perut je keje kat rumah ni. Keje paling berat kat rumah ni pon nak kena tidurkan si budak kecil Ariel yang susah benoo nak nidurnya.hehe. Berat tuh keje yang mum aku bagi kat aku sepanjang cuti nih. Dia tak tidur dalam buai so nak kena tidurkan pakai cara manual yang selalunya berakhir dengan aku yang tidur dulu.

Ala banyak sebenarnya nak cerita pasal percutian nih tapi semua dah terlupa sebab percutian ni dah seminggu yang lepas tapi balikbalik je dari cuticuti cinta tu tautau kabel telefon berhampiran kena curi menjejaskan penggunaan streamix. Bengong kau si pencuri. Ni dah masuk kali ke 6 kot asyik kena curi cakap je ada unit peronda malammalam. Ish!

Layan gambar je lah. Ala macam alaala wordless wednesday. Biar gambar yang bercerita. Acecece.

whole family

Rombongan hari itu. p/s: tak semua adik beradik pon ada ni. 2 orang abang dan sorang adik. Ni dah campur ngan ipar dan anak sedara.

girls only

Just arrived. Posing dulu seposen

orieda alone

Ketua rombongan. Kata kau! Segala kerja penempahan bilik dan urusan aku yang buat. Cuma tukang bayar je bukan aku. Fully sponsored by abang aku yang pakai topi kat atas tadi.

mumaku dan uyihabah dan arielIMG_0081abah danishbebudak

1) Mum dan Danish.

2) Aku dan Mukhriz.

3) Abah dan Ariel (budak susah nak tidur)

4) Haikal enjoying his pelampong kat swmming pool.

5) Abah ajar Danish berenang.

6) Doranglah yang menghiburkan hati tatkala cuti panjang ini. I’m a babysitter. Fuhh!

ariel n danish pantai

They are not twin tapi lahir tahun sama, lain mak dan ayah tapi sama tok bah dan tok ma. In black suit Ariel Adam and in white suit Danish Harris. Mereka happily menuju ke pantai sambil makan pasir.

added aliff

Jalanjalan kat pantai. Mum dan Abah dan kaum lelaki lain sampaisampai je terus tidur.Haish!

aliff alone

The most poyo boy. Adik bongsu aku.

indoorbbqpantai

1) Pemandangan dari atas katil bilik. Ni dari belakang. Kalo dari depan nampak swimming pool.

2) BBQ time.

3) Pemandangan dari pantai menghala ke bilik. Nice!

 

notakakitangan: Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan.

notakakitangan1: Pilih bilik Sea view plus pool view. Mahal tapi berbaloi. Sumpah lawa dan mendamaikan.

notakakitangan2: Mum aku cakap macam nak pergi situ every weekend.

 

Win yourself seats on a flight! http://goo.gl/Ah21z

Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday

IMG_0012

Wordless Wednesday: Setiap hari Rabu semua blogger meletakkan gambar di blog mereka tanpa menjelaskan keterangan tentang gambar tersebut. Biar gambar yang bercerita.

notakakitangan: Err am i cute?

Discover the one-stop community for all SPM students to ease their stress and prepare for the big exam.http://goo.gl/mFsR6

Monday, July 4, 2011

Minyak Kelapa Dara @Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel By Catalyst.

Hai semorang. Smile

Korang pernah dengar tak pasal minyak kelapa dara or in mat salleh languange kita panggil virgin coconut oil. Minyak kelapa dara ni banyak khasiat yang tersendiri. Sebab dalam kandungan minyak kelapa dara ni ada sekurang-kurangnya sembilan jenis asid lemak (fatty acid). Kajian ada menunjukkan asid-asid yang terkandung dalam minyak kelapa dara ini sangat berfaedah untuk kesihatan tubuh badan. Especially good for health adalah asid laurik yang merupakan kandungan lemak tepu yang dapat bertindak sebagai anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat, oleh itu ia dapat meningkatkan sistem imun dan mengawal kesihatan badan. Laurik asid juga terdapat dalam kandungan susu manusia. Bila minyak kelapa dara ini di ambil ia akan ditukarkan kepada monolaurin yang dapat meningkatkan pertahanan sistem imun tubuh dan melawan serangan penyakit.

vco

Virgin Coconut Oil Softgel keluaran Catalyst Nutracetical adalah produk berasaskan seratus peratus daripada minyak kelapa dara.Minyak kelapa dara yang dihasilkan tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat di dalamnya. Antara khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara adalah:

  1. mengurangkan kadar kolesterol ---> ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. mengawal kencing manis---> pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
  3. mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia lanjut---> anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukkan radikal bebas.
  4. tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah---> mengatasi pembentukkan plak pada pembuluh darah  yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
  5. mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit---> ia mempercepat pergantian sel kulit mati dengan sel yang baru selain dapat melindungi kulit daripada sinaran ultra violet.
  6. pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang---> sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  7. terhindar dari gejala alahan---> minyak kelapa dara bertindak sebagai anti histamine.
  8. mengelakkan risiko kanser---> minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran pathogen(benda asing). Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  9. keadaan berdengkur akan hilang---> kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Setakat ni saya dah try guna produk nih. Eh bukan saya je my mum, sis and sis in law pon dah guna.hehe. Produk ni dalam bentuk softgel so bila makan takdelah rasa pahit macam makan tablet or capsule biasa tu. Selain tu korang pon boleh sapu kat muka as masker. Kira produk ni 2 in 1 lah. Boleh makan dan jugak sapu kat muka. Minyak kelapa dara ni bukan ubat tapi lebih kepada supplement atau makanan tambahan. So side effect tu mungkin tak ketara sangat or mungkin takde. Depend on proses tubuh kita jugak lah. Satu lagi ia bagus untuk wanita mengandung.

vcoVCO softgel.

CATALYST   The Alternative Ways To Your WellnessSKeratan Akhbar September 2010.

Kalau anda berminat mendapatkan produk Virgin Coconut Oil Softgel ni anda boleh:

Juga sertakan bersama:

Nama:

Alamat:

e-mel:

No Hp:

Item/kuantiti:

p/s: Jika inginkan produk-produk lain keluaran Catalyst pon boleh inbox/emel saya.

notakakitangan: Usaha tangga kejayaan. InsyaAllah dengan izin Allah segala tujuan menggunakan produk ini akan berhasil.Smile

notakakitangan1: tips: untuk mengetahui sesuatu produk itu baik atau tidak sebelum mencuba anda boleh ke klinik/hospital untuk mengetahui keadaan badan/kesihatan anda. Dan selepas mencuba produk tersebut anda dapat membandingkan keadaan badan/kesihatan anda sebelum dan selepas pengambilan sesuatu produk/supplement.

Selamat mencuba!

Article perigi cari timba.

Article perigi cari timba,nisbah perempuan kepada lelaki ialah 37: 1 wei. Aku taknak jadi andartu. Kauorang mesti tau kan taglined cerita apa ni. Ye tepat! Cerita 321 Cinta. Kauorang dah tengok ke? Aku dah!

Agak merisaukan jugaklah bila dengar pasal nisbahnisbah nih. Ye lah dengar pulak time musim kenduri kendara. Heh. Terasa diri ini begitu tersindir. Betul jugak kan tengok jelah sekarang bilangan perempuan kat manamana tempat sama ada universiti, tempat kerja, tempat lepak apatah lagi di shopping complex, dengan jelas dan terang kaum perempuan nih memang terlebih sudah. Nampak gaya kecenderungan poligami dan andartu tu pon akan meningkat jugaklah kan. Patutlah ramai yang memburu laki orang kannnn. Heh mintak simpang.

Sebagai contoh, dulu masa aku di kolej batch aku adalah dalam 38 orang camtu. Dan tak sampai separuh pon daripada bilangan tuh adalah lelaki. Katakanlah jika setiap seorang budak lelaki batch aku bercouple dengan 3-4 orang budak perempuan dalam batch aku barulah setiap  budak perempuan batch aku termasuk aku akan dimiliki. Nampak tak kecenderungan poligami dan andartu di situ. Ni sebagai contoh je lah. Untuk menampakkan lagi situasi kepupusan kaum lelaki menjelang abad 2020 kelak. Tapi aku yakin orang perempuan takdelah terdesak gila macam tu sekali untuk bercouple. haha. Ni contoh.Tu tak kira lagi lelaki yang dah tersimpang masuk jalan lain. Fahamfaham jelah jalan mana dorang masuk.

Tapi aku rasa hal ni tak perlu nak dirisaukan sangat. Orang cakap kalau ada jodoh tak kemana. Tingkatkan usaha, doa dan tawakal. Dalamdalam tak ramai lelaki pon lelaki masih ramai lagi. Tengok jelah group k-pop sebagai contoh dalam satu group palingpaling tidak ada 5-13 orang lelaki. Darabkan bilangan ni dengan 100 group k-pop yang lain. Ha, ramaikan. Tapi samaada mereka ni benarbenar lelaki atau tidak itu je yang merisaukan.haha.

Heh.Kenapa mesti contoh itu yang aku berikan? hehe.Nisbah tu cuma angka. Anggaran kasar. Jangan bimbang sangat(nasihat untuk diri sendiri jugak). Kuatkan keyakinan Mr. Right korang akan menjelma jugak when the right time come.

Sekian, ceramah untuk hari ni. ekeke.

notakakitangan: Cinta takkan datang jika tak dicari. Eh betul ke?

 

Jom vote favourite homemade band korang. http://goo.gl/G9t4R

Thursday, June 30, 2011

Nikhun and Nichan yang comel.

Can u feel my heartbeat?



niga jitbalbgo ddeonan shimjangi
ajikdo ddwigo issuh
geugutdo neoleul hyanghae



Ok ni lagu korea favourite aku Heartbeat by 2pm. Sumpah aku tak bosan dengar lagu nih. Tu aku lah. Korang aku tak tau lah. Entah minat entah tidak lagu korea. Aku lagu manamana negara pon aku dengar as long as lagu tu aku boleh accept dengar empatpuloh kali pon tak bosan. Sekarangkan trend kpop nak naik bagi je lah chance kat bebudak kipas susah mati Kpop tu rasa artis kpop tu lah yang paling best. Aku honestly takde lah kipas susah mati kpop pon. Aku tau dua tiga group yang aku nak tahu je. Aku dengar 2-3 lagu korea yang aku minat pastu lastlast bukak radio era jugak. Tetap nak dengar lagu melayu. Lagu asing yang paling lama aku boleh dengar pon lagu orang putih je lah. Paramore. Salah satu band omputeh favourite aku.

Eh aku lari topik jauh dah nih. Jauh dah tersasar dari jalan kebenaran tajuk.hehe. Ni ha tadi aku tertengok lah variety show kat astro channel 391 tuh. Dream Team kot tak silap aku. Drean Team kali nih ada guest artists dari negara macam Thailand, China, Indonesia dan Mongalia kot satu lagi. Tak ingat pulak. Yang men-teruja-kan aku sangatsangat hingga sanggup menunggu hingga ke akhir variety show tu dengan adanya abang Nickhun 2pm yang aku sangat sukai itu.hehe. Ayat aku kau skema abesss.

Eh abang ke adik. Lantaklah janji dia tu sah adik beradik Nikhun yang cute gila babas. Nama dia Nichan. Tapi dia takde lah se-cute Nikhun. Tapi dia macho sikit. Muka jantan lah. Takdelah jambu macam si Nikhun tuh. Nichan ni terbaru muncul sebagai model dalam MV tajuk Want To Buy Time. Lagu Thai.Macam best jugak lagu nih.hehe.Dorang adik beradik ni kan sangat sama tang kening. Samasama kening tebal. Oleh itu jomlah samasama kita hayati keindahan cipta tuhan nih. Cakap banyak tak guna.


Nikhun empat dari kiri.

Nichan


Nickhun

MV Want to but time.



notakakitangan: Adakah Nichan pon se-romantik Nikhun?


Have you sign up for the nightrace? Hey come and join me. http://goo.gl/7xBXz

Wednesday, June 29, 2011

#2 Wordless Wednesday

snapshot20110529191322

 

notakakitangan: macam seronok pulak boleh join Wordless Wednesday nih.

 

Sounds of Malaysia: You Make It, We Air It! http://goo.gl/S3hO9

Tuesday, June 28, 2011

Laluan puaka karak.

Lepas sebulan tayangan Karak di pawagam, baru semalam aku berpeluang tengok cerita tu. Aku tak pernah tengok pon trailer cerita tu. Tapi haritu ada la jugak aku ajak member aku tengok cerita tu tapi dia cakap dia taknak tengok sebab dia dah tengok trailer dan dia cakap cerita tu sangat menakutkan. Aku pon ada jugak terbaca di twitter tentang cerita karak nih.

So first impression aku pon ok cerita ni sangat menakutkan walaupun aku tak tengok lagi. Dan semalam siap je download, (opps!) setengah jam kemudian blackout sebab ada orang langgar tiang letrik. Berbekalkan bateri laptop yang tinggal lebih kurang dua jam lagi kami sekeluarga pon menonton lah alaala dalam wayang. Abah cakap eh macam tengok tv zaman abah kecikkecik dulu.

Aku senaraikan kat bawah ni apa yang aku puashati dan tak puashati tentang cerita nih:

Puashati:

  1. Walaupun tunggak utama cerita pelakon baru tapi aku rasa Sheera Ayob punya lakonan mantap. Orang cakap hidup takde lah kayu sangat. Mungkin dia ada dapatkan tunjuk ajar dari Zahiril Adzim kot?
  2. Teknik bunyi-bunyian tu tak yah cerita la kalo dah cerita terbitan KRU Studios mesti gempaknye.
  3. Scene mulamula yang laki akak tu terkejutkan dia tu memang terkejut beruk aku.
  4. Banyakbanyak hantu, hantu wanita kebaya hitam tu je yang sangatsangat menakutkan bagi aku. Walaupon muka dia tak buruk macam hantu lain. lagilagi kalo kau tengok mata dia. Siapa ntah yang bawak watak tu.
  5. Volkswagen kuning tu pon sumpah seram jugak kalo betulbetul jumpa tengah jalan memalam macam tu.

Tak puashati:

  1. Hantu makan manusia. Ada ke kes macam tu?
  2. Hantu nenek tua tu sangat tak boleh blah. Sebab nampak macam Erra Fazira tua dalam cerita Hingga Hujung Nyawa je.
  3. Cerita pasal lebuhraya Karak hanya sekejap. Selebihnya di rumah Tok Malam je. Bukan ke tajuk dia menggambarkan peristiwa sepanjang lebuhraya Karak?
  4. Penghujung cerita yang aku tak faham. Sheera tu mati ke tidak? Kenapa cakap mayat ada 3 tapi satu tak jumpa? Lepas tu apa maksud yang Shahir dan Sheera salam macam tu?
  5. Adik aku persoalkan, Tok Malam tu duk dalam hutan sensorang. Dah tu kereta motor takde. Abes macam mana dia dapatkan minyak tanah untuk hidupkan pelita tu? heee..

Karak

notakakitangan: Kalau dalam kategori cerita melayu cerita nih best jugak la kalau nak layan.

Monday, June 27, 2011

Apasal Julia Ziegler tampar Khairul Fahmi nih?

Tak puas hati betul aku nengok. Tak pasalpasal penjaga gol kesayangan ramai nih kena tampar. Tapi ok lah kan kena tampar ngan awek cun. hehe. Untung betul lah Khairul Fahmi nih. Bukan setakat popular ngan kehebatan menangkap bola di gawang sekarang dah siap jadi model kat video klip bagai.

Aksi tampar menampar tu sebenarnya salah satu adegan dalam video klip penyanyi Andy A. Merican feat Altimet. Tapikan aku tak kenal pon sapa mamat Andy tuh. Tertarik untuk tengok video nih pon sebab ada Si Apek tuh. Pandai betul strategi yang digunakan.hehe.

Nah tengoklah betapa lemahlembut nya Si julia tu tampar Si Apek. Macam nak tak nak je tampar nye.





notakakitangan:Apek tuh nampak mcm kayu sikit kan?

Thursday, June 23, 2011

I love shawl contest

Hohoiii. Kali pertama nih aii join contestcontest tayang muka bagai. Sapa tau percubaan pertama menjadi kan. Tuah ayam nampak di kaki tuah aii nampak di shawl. Winking smile

Aii tergerak hati nak join contest nih sebab syaratsyarat yang dikenakan macam kena je ngan aii. haha. Tak susah mana. Ala sesenang macam kau tekan like button kat facebook tuh. Senangkan? So aii tayangkan kat bawah tu syaratsyarat penyertaan. Kalau rasa nak bersaing dengan aii jom  lah join sekaki. Acece ayat tak leh blah ah kau!Smile with tongue out

 

I LOVE SHAWL CONTEST

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Upload pic anda memakai shawl yang terbaik.(pic solo sahaja)
  2. Buat satu entry tentang contest ini, copy banner dan link kan.
  3. Like Page IDMA TEXTILE di Facebook.
  4. Tag satu orang rakan.
  5. Tinggalkan link anda di entry ini.

Aii pertaruhkan yang ini. Ekeke.

IMG_0026

So apa tunggu lagi jom kita bersaing secara sihat di alam maya yang sungguh indah ini. Nyah-Nyah

notakakitangan: Aii tag kawan aii yang kaki shawl jugak Theyanasensei.

#1

Good relationships don’t just happen, they take time, patience & two people who truly want to be together.

@TheNoteboook.

 

#1

Wednesday, June 22, 2011

#1 Wordless Wednesday

 

IMG_0021

 

 

notakakitangan: saya baru start join nih.*sila jangan gelak gulingguling, sengih je boleh*

Saturday, June 18, 2011

Dear Iphone 3G yang disayangi.

Aku tahu kau rasa tersisih sebab ramai duk kejarkejar kawan kau yang nama iphone4 tu tak pon yang nama ipad2 tu kan. Aku tahu kau kecik hatikan sebab hari tu kau dengar yang aku ada mintak izin dengan mum aku yang aku terasa seperti ingin meminang je salah seorang dari yang dua yang selalu dikejarkejar orang tuh kan. Aku baru je berniat. Tak tunaikan pon lagi. Tapi kau dah terus tunjuk muka yang sangat menyakitkan aku. Penat aku ke hulu ke hilir tanya mr google nak ambil hati kau balik.

Tapi kau degil. Seminggu jugak lah jenuh aku duk nak settle kan masalah tu. Sampai satu tahap aku give up dah nak selesaikan sendiri so aku bawak kau pegi jumpa tauke kedai cina yang jual kawankawan sejenis kau. Mahu mati terkejut beruk aku dengar yang tauke cina tu kata nak pulihkan kau aku kena bayar pengeras 150 tunai.Gila hape mahal macam bedil.

Aku pon bertekad dalam hati benda nih aku boleh settle sendiri. Masalah aku apa nak susahkan orang. Aku try punya try sampai menangis aku cakap kat diri aku apasal aku tak pandai nak settle masalah ni sendiri. Kan best kalo aku terror macam hacker yg duk serang website kerajaan tuh. Jahat noh depa. Eh lari tajuk. Biasa kalo nak lepas tensen tak boleh nak settle masalah macam ni aku hentakhentak mouse aku. Tapi kali ni aku tak buat macam tu sebab mouse baru beli.Mouse wireless boleh guna dalam jarak 10meter aku habaq hang!

Aku try lagi hari ni satu hari suntuk untuk pulihkan kau sampai sepatutnya aku keluar teman mum aku shopping barangbarang dapur petang tadi tapi dibatalkan sebab mum aku faham yang aku dalam keadaan stress yang amat tak dapat nak selesaikan masalah aku dan kau. Dah malam aku masih tak dapat cari penyelesaiannya. Berhenti solat mahgrib lepas tu keluar teman mum beli barangbarang dan keluar dinner. Singgah Arianni kejap nak cari tudung matching ngan baju nak pergi kenduri cousin kesayangan esok. Tak pergi kang abah kecil hati sebab tu anak sedara dia. Dah tu lupa pulak nak mintak card gold arianni dari kakak aku. Kalau tak dapatlah diskaun 20-30%.Call dia tak dapat. Balik rumah rupanya dia pon keluar. Sekali bila balik tanya dia pegi mana rupanya dia duk syok shopping laki bini sebelah je ngan kedai mum aku duk beli barangbarang dapur tuh. Ok double stress di situ!

Balik dari dinner sambung cari tips nak baikpulihkan kau. Tanpa diduga dengan kuasa kehebatan pencarian di google.com dan kuasa Dia, yeay i DID! Hoh kenapa tak jumpa penyelesain nih seminggu lepas. Sampai hati kau buat aku nangis2 camni. Dan disebabkan itu aku dah nekad salah satu dari kawankawan kau yang selalu di kejar orang semenjak dua menjak ni akan menjadi milik aku.

iPhoneRecovery

Ni lah rupa merajuk kau yang buat aku hangin satu badan.

mouse

Ni mouse yang aku guna. Wireless mouse. Still sayang nak hempashempas.Tunggulah sebulan dua lagi.

notakakitangan: Sepatutnya senang je nak keluar dari recovery mode nih. Main on/off je. Tapi apasal ntah iphone aku macam tak nak jalan guna cari tuh. Tu makan masa seminngu nak pulih.

notakakitangan: Eh iphone4 ke ipad2 nih? Ke samsung galaxy tab?

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger