Sunday, November 28, 2010

She hates me that much??

really.i miss her.my bestie.

she go away from me for unknown reason.

i asked her  for the reason several times.

i sought her forgiveness if i did something wrong.

so many times until i tired.

silence as her answer.

why all this thing happen to us??

i believe there must be a reason.

i cannot afford to forget your help that day.

the day that i cried so hard and loud.

since that day, i know you are my true friend.

TRUE FRIEND EVER.

notakakitangan: makcik aku tau kadang2 ang bce blog aku. kalo ang terbaca ni aku nak ang tau aku masih perlukan ang tuk jadi true friend aku ever.and that title xkan hilang. sebab ang ada masa aku betul2 perlukan seseorang sebagai pendengar that day dan aku x boleh lupa kan itu. aku akan tunggu saat di mana kita akan seperti dulu berjalan,makan,belajar,bergurau bersama. aku sayang ang!

Saturday, November 27, 2010

aigoo go go..

penat siot doe..ari ni hari jalan2 sedunia.after jumaat tdi my mum beriya-iya ingin ke ekspo cheng ho.punca dan tindakan beliau itu adalah atas alasan tertarik dengan apa yang aku saji kan pada beliau apabila aku terbaca salah satu belog kawan aku. bosan doe aku gtau ko. xde ape2 pon kat situ.seperti ramalan awal aku.aku dah tau sebab kawan aku ade gtau yang ekspo ni kalo geng makcik2 boleh la pegi.

tpi apakan daya tuk menolak permintaan mum tercinta. siap ckp agi.kalo aku xpegi dia xnk pegilah.so ok lah ok lah aku ikut. pastu die set date siap2 ngan abah aku. so dat date(arini) abah aku xley ade ape2 meeting sama ada rasmi mahupon x.bukan takut bini ok.sayang bini.

pergilah kami sekeluarga(parents sis  azim mukhriz emyla aku) ke ekspo berkenan.orang ramai xyah bilanglah.dah la last day tambah lak kelantan cuti rini.parking xyah ckp rr full gila.sampai tempat pejaln kaki pon ada orang park kete.berani gila.dah la clamping zone.ekspo tu dekat ngan hospital pakar perdana.parking hospital pon pengunjung2 bedal gak.aigoo!abah parking kete gila jaoh sbb nk lari jam.jalan kaki ramai2 ke tapak ekspo.nasib ekspo tu terttup siap ade aircond bagai.perghh! tpi malang nye byk da booth tutup.so not much choices barang yang ada tuk dibeli.tpi mum aku xde2 choice pon dpt gak kt dia teko buatan cina sebijik dua.

agenda seterusnya ke kb mall mau baling bola boling.igt pegi reramai best la nk lawan boling.sekali emyla n mukhriz da nak demam jalan byk kt ekspo.kakak aku lak sibuk ngan anak dia.kalo dia main sapa nk look2kan anak dia.tpi bertekad gak nk main.biarlah sorang2 pon.abah da bwk mukhriz n emyla makan lamb chop kt food court.mum n sis aku teman aku nk main boling. sekali usha2 alamak apasal semua lane penuh nih.demn! malas tunggu so aku blah lah.pusing2 round2 satu kb mall.xde niat pon nk shopping tpi tershopping.end up ngan ok masing2 pegang dua paper bag berisi muatan.haha.

balik then singgah restoren order bihun tomyam.balik rumah pekena nasi paprik lak sebungkus.lepas tu sambung ngan makan limau lak.pastu mangga.pastu tertido.aish cuti ni mmg camtu la.makan sampai tertido!

Thursday, November 25, 2010

Sebenarnyeee…

..cuti nih xde lah boring mana pon.sebelum ni aku cepat betul sampai tahap keboringan yang melampau-lampau kalo time cuti.tapi kalo xcuti merungut lak nak cuti.memang lah kalo dah dasar manusia.manusia jugak.mana pandai puas.kalo pandai puas pon.puas baca buku.haha.puas nak amek exam.haha.

aku dah kenal pasti kenapa sebelum ni aku selalu rasa boring melampau-lampau.

1) sebab aku selalu salah rindu orang.aku selalu rindu orang yang xrindu aku.sekarang aku x rindu dah kt orang yang salah tu.sebab aku dah jumpa orang yang betul.hahaha.pathetic.boooo..

2) dulu baby2 tu xlahir lagi.sekarang aku ade 2 org jejaka tuk menghiburkan hati aku.buahaha..

3) sebelum ni cuti xfikir ape aku perlu buat tuk ilang bosan aku cuti nnt.skang siap wat deraf bagai kau.deraf je la tapi.

4) dulu xbyk citer tetinggal sbb wifi boleh donlod citer(umah sewa snirik).sekarang banyak gila kot citer best2 aku tertinggal masa nk exam ritu plus usm mana boleh donlod citer.macam2 citer termiss sebaik2 citer ahmad durrah sampailah setakut-takut citer pontianak remaja.haha.setakut-takut tu aku tipu je.seyes gelak guling-guling aku nengok citer nih.lawak shial scene nak tiru twilight tu.

5) rutin biasa yang hidup dari masa tengah hari sampai tengah malam tu memamg aku xubah.bukan xnk ubah cuma xnk berubah.

6) dulu azim xseagresif sekarang.sekarang…azim si budak kecik 2 tahun mcm hero tamil nih dah la rambut merah suka kacau aku time aku layan lappy.nak dengar lagu lah.nak men game lah.game miau katanye.netbook yang dapat free tu dah rosak hard disk kata cina tu sebab dia lah suka men game miau.dah tu siap hempas2 macam xde perasaan yang netbook tu harga dia ribu2.kalo aku boring nnt aku kacau lah dia sampai nanges2 pastu dia kena marah ngan mak dia.haha.lepas dia kena marah aku jugak tukang pujuk.tu yang mencabar tuh.i likeee.

7) aku seyes dah ngatuk giler.aku nak tdo.oh ini bukan sebab kenapa aku boring nih pemberitahuan bahawasanya n3 ini mesti di tamat kan disini! sekian.

ANK2 BUAH

hasil keje edit-mengedit pertama aku.satu rumah aku panggil tuk tgk hasil keje aku.padahal xde lah gempak mane pon!huh!haha tpi aku puassss.ok sila jgn kutuk saya.saya budak bru belajar.

Tuesday, November 23, 2010

D.E.M.A.M

baru boleh duduk dan berdiri dengan betul. sehari setengah demam x boleh bangun.tiba-tiba demam dan panas sangat panas.cool fever pon dan macam putus asa nak cool kan aku. panadol actifast pon macam xjalan je.actifast biasanya ngam je ngan aku.kali ni tiba2 gaduh pastu xnk work very hard pastu demam aku xkebah2.benci tau!

tapi best demam kalo berada dirumah.actifast dalam first aid abes sapa telan ntah. abang ipar aku yang berhati mulia tu pon redah la jugak hujan yang gila lebat semalam macam nk banjir tpi xbanjir pon pi beli actifast.bukan xde paracetamol lain lam first aid tpi aku xmoa.ngada2 nk jugak actifast.lepas tu dua org para-para datang bgi layanan first class kt aku.sorang bawak air ngan gelas.sorang lagi bwk ubat lam dulang.masuk je bilik aku, igt nak suh aku tuang snirik sekali tgk si haikal tolong tuang siap lam gelas.fuh terharu.si azim tengok pon terlopong mulut2.haha.best gila lah budak2 nih.

IMG_0156

azim n haikal

lepas tu dinner.aku xjoin pon abah makan.abah pelik la.mana penah aku kalo duk kt umah miss dinner.xpenah.ulang lagi.xpenah.lepas tu kakak aku masuk bilik tanya.nak kirim apa2 ke abang ipar aku nak kuar.tup.tetiba terlintas nak makan nasi beriani.tpi sayang kedai nasi tu tutup.ubah selera makan burger zinger kfc je.layan burger sebiji pastu sambung tdo sampai pagi.bangun pagi demam xkebah2 jugak.abah masuk bilik xtnya.nak pegi klinik x?? dan2 jawab da ok dah demam.abah tambah lagi.kot2 denggi.aku pon haish xde lah.bangun dri katil pegi mandi.konon2 da sehat.haha.gila takut dengar klinik padahal esok2 kerja kt klinik dakpon hospital jugak.

notakakitangan: taip n3 sambil tahan lapar sebab tdi dinner makan sikit je.nak kuar bilik semua da tdo.end up type n3 sambil layan zine.oh ya nnt nk citer pasal zine.tunggu ye! one more dapat anak sedara baru lagi.bulan 8 ritu da dpt sorang adik haikal.(danish harith). ariel

zhafriel adam mirza.mula2 nak letak mikheal adam.tpi ade org ckp xelok gabung nama malaikat ngan nama nabi.so letak lah nama tu.mirza's

ni kakak2 dan abang ariel. muhkriz adam mirza..emyla sofea mirza..edryna sofea mirza..

Monday, November 15, 2010

raya vs exam sape menang?

hoho.lagi 2 hari nak raya.raya haji.raya korban.raya aidiladha.bukan zaquan adha.serious x rasa ape2 kehangatan nak raya pon.yang hangat terasa bila dia cancel date tiba2.haha.tidak.bukan itu yang aku ingin maksudkan.

kenapa kehangatan tu xterasa?pertama sebab xtengok tv.so xde dengar iklan pasal nak raya.oohh bukan itu yang pertama.yang pertama nya sebab hari2 terakhir exam jatuh tepat sebelah hari nak raya.maksudnya, esok raya hari ni bru abes exam.dan disebabkan kuasa poligami yang ade pada exam aku ditahan dri merayakannya di kampung.paham.hebat bukan kuasa exam.katalah kalo bapak ko xbgi balik tuk sambut raya,aku sure korang mesti balik jugak.rela jadi anak derhaka.eh tapi ade ke mcm tu.tapi bila exam yang cakap anda tidak boleh balik raya.maka dengan taat sumpah setia anda ikutkan.hebat bukan?

ada apa dengan exam.tepuk dada tanya lah dada.sakit x?*sila jangan tepuk kuat2*

Sunday, November 14, 2010

sakit jantung kalu hari2 macam ni!!

lepas makan malam tdi around 6.30 ptg.hati dah start berkata-kata.haish sempat ke idak ni nk bce.hari da gelap.banyak lagi xcover.tdi main2 padan muka kau.baju xbasuh lagi.nak balik lagi 2 hari.baju xleh tinggal lam hostel kena bungkus sumbat lam kotak tampal sticker masuk lam setor.haish rumit.

pegi pantry tengok dua2 mesin guna.tinggal baldi balik bilik mandi.siap mandi pegi pantry tengok2 ade cina2 yang pakai spender je duk isi air.mesin ade org guna lagi.balik bilik dalam perjalanan sempat lagi sumpah2 maki2 sapa guna mesin time aku nak guna.lepas tu cepat2 istifar sebab esok nak exam.

pegi lagi kali ke-3.jalan2 sambil igt2 formula.tiba2.oh mak kau mak aku lagi cantik.oh aku melatah.nasib xtersungkur sebab lantai basah tempias hujan.huh!masuk pantry macam biasa lampu dia otomatik kalo ade org dtg terpasang sendiri.duk isi2 kain lam mesin lampu pantry terpandam ngan sendiri. kali ni latah aku x boleh nk tulis disini.bahayeee.boleh bwk maut tau masuk pantry kalo macam ni hari2.xsuka.dah la bunga selipar dah xde xleh jalan laju2 kalo x memang cium lantai.

esok paper analysis.baju yg basuh tdi xjemur lagi.dryer rosak.tajuk analysis ade byk xhafal lagi.baju tuk pakai exam x iron lagi.sandwich beli tdi xmakan lagi.peel fresh pon da xfresh.xmesej dia tny maka ke x lagi.oo tiada kena mengena.paling loser asal aku membazir masa type n3 nih??? oo *hadap buku serta merta*

streeeesss dgn diri sendiri!

haish rasa tu dah menyerang.rasa malas! 2 papers je lagi.sabar lah kamu.tolonglah.tolong sabarkan diri kamu.rajinkan diri kamu.lepas ni segala bagai benda kamu nak buat dah boleh dah.suh3.pi main jauh2 la ko malas haih!aku nak stadi tuk 2 papers je lagi nih.pastu ko nak rasa malas ke,rasa nak tdo xnk bgn ke hape ke lantak lah.huh!stress dengan perangai diri sendiri!!!

dush2..tuk diri sendiri yang malas.pemalas.memalas.segala bagai las2 lah.

T__T

Saturday, November 13, 2010

First date First

phewww! lega..hopefully it gonna last forever.amin.

In the red shirt and cool hair style.i like it much! much! much!

Not nervous so much not excited too much.

Then i know it will give a good sign.

And it was.

For u tq so much from bottom of my heart!

 

bunch of love,

yours!

Thursday, November 11, 2010

penceraian siapa yang lebih menderita?

 

Kakak sedang melihat facebook abahnya. Mengajak si adik untuk melihat bersama. Lalu berlaku dialog seperti ini :

kakak: ibu kita lagi cantik kan dari pompuan ni?

adik: a’aa..(sambil mengangguk-anggukkan kepala).kenapa abah kita dukung anak org lain??

kakak: (menggeleng-geleng).tiada jawapan bagi persoalan si adik.

hati kecik si pendengar menangis hiba,sayu.dan luluh.namun luluh lagi hati-hati sikecil itu.

Wednesday, November 10, 2010

Here We Go Again..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘ I’ll write you to let u know that I’m

alright

Can’t say I’m sad to see you go

Cause I’m not

Well, I’m not

I’m not, I’m not ’

10/11/10

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

baby r u down..down..down..

orite! two papers down oledy. baby cvs and baby dosage form..dua2 ladzat macam makan nasi pecel kt cafe solihin. pedas dan hot! eh bukan sama je ke maksudnya..ah lantak lah.Cvs paper dia semalam.xsempat nk hapdate sini sbb kejar stadi tuk dosage form design(dfd)

cvs malas nk citer byk.sebab ak mmg x jawab banyak.haha.masa aku banyak habis duk usha2 org je.gile ko org sebelah aku duk menulis xrenti-renti.kecut perut aku tengok.serious dia x angkat muka pon.duk menulissss je.befikir ke dak aku xtau.sebab ak xnmpk pon tangan dia benti kejap fikir dan tulis balik.yang aku nampak dia tulis dan tulis.

sebelum masuk dewan aku dah wish siap2.tolonglah meja aku bukan tepi budak2 yang pointer dorang xpenah sikit.banyak je setiap kali sem.apesal ntah dorang suka sangat pointer banyak2 ni. aku x nk duk tepi org2 yang pointer banyak ni sebab dorang ni shyco..eh cam ni ke eja?? dorang pon mesti cam budak tdi tu jugak.bagi jawapan banyak2.sampai lecturer malas baca terus bgi fullmark.sbb tu pointer dorang byak.aku pulak malas nk tulis pjg2.so pointer aku pendek2.eh ade erk macam tu.

aku plak jenis cepat cuak dan muak.tengok je dia macam tu terus jawapan aku ilang x dtg2 balik dah.heng! bukan sebab apa sebab aku duk fikir asal huh dia tulis pjg dan banyak sgt.aku bukan duk fikir jawapan tuk soklan exam.haih! tu malas duk tepi dak2 shyco cam dorang.saje je main perasaan org2 innocent cam aku nih.jawapan straight je dri buku.kalo buku ada 5 point je aku bagi 5 point jelahkalo dalam exam tanya.sebab x pandai dah nk elaborate2 nih.sebab dah lama x buat karangan aku sebatang payung macam masa sekolah rendah dulu.

heh! terpanjang lah plak entry hari sebab esok rest sehari sebelum sambung balik tuk paper marketing ngan pharmacy practice. boleh rilek2 sikit.subject tu pon xberat sangat macam cvs tuh. dfd plak.ok jelah.xduk tepi dak shyco kan.so jawapan aku x lari lah.haha.cuma dewan tu sejuk macam dah sampai takat beku.aku cam biasalah.kalo ada kira2 tambah tolak darab bahagi nih.sure2 aku xcukup masa.tapi naseb baik lah boleh siap serentak ngan laungan pengawas exam yang ‘sila behenti menulis'.masa menjawab dah tamat’.huh! tapi malang nye xsempat nk recheck.xpe lah berserah je.

notakakitangan: ape2 pon aku dah try yang terbaek.terbaek dri ladang kata org. insyaAllah. eh korang2 kalo baca nih tolong lah doa2kan tuk aku sekali ye.kalo xleh dapat pointer banyak cam dak2 shyco.dapat kurang sikit dari dorang pon dah ok.kurang sikit je.sikit yang macam x kurang tuh.haha.paham ke x korang ni. tapi ape2 pon bersyukur tu perlu.syukuurr..yang mcm altimet nyanyi tuh.hehehe..

notakakitanganlagi: si dak shyco dapat pointer banyak tuh shyco aku lagi bila dia keluar dewan ngan senyuman mau sampai belakang telinga.over gila.org sampai ke telinga je.huh!

Monday, November 8, 2010

titas! bye!

ok..titas i have to say good bye to u..hopefully we will meet again..but i dont think so..i don’t really like u at our first meeting..but  after all i’ve being thru’..it’s like wow..titas u’re so enjoyable…oo..ok saya x nk menipu lagi…haha saje nak ckp kertas titas dah tamat riwayat tdi..aku xtau la keputusannya..tapi harap2 dpat ok lah..ok maksud aku disini lulus! azan dah so daaaaaaaaaaaaa…c u next entry! seems like everyday will update! hahaha..update pasal paper exam..interesting wut????

notakakitangan: esok subject cardiovascular system..*pengsan*

Sunday, November 7, 2010

I’m not Rihanna

..so i don’t love the way u lie..

kita hormat dia..

kita sayang dia..

kita percaya dia..

tapi dia tipu kita..

kita dah lama agak..

hari ni kita dapat peluang tuk kantoi kan dia..

kantoikan dia yang dia tipu kita..

kita nampak muka terkejut dia..

kita senyum..

sekarang kita dah tahu..

dia dah x payah nak tipu2 lagi..

sebab kita bukan rihanna..

kita x suka ditipu..

cakap je terus terang ngan kita..

kita akan ok..

kita pelik..

kenapa nak tipu..

kita bukan duk jauh nak tipu2..

kita duk dekat je..

bersin pon kita dengar..

hati kita sakit bila dia tipu kita..

sebab kita bukan rihanna..

yang kita pelik benda yang dia nak tipu kita..

xmasuk akal kalo kata tipu sebab nak jaga hati kita..

kalo cakap terus terang dalam keadaan sekarang ni kita faham..

kita bukan tanya sekali dua..

kita tanya banyak kali sebab kita nak kepastian..

sebelum kita wat apa2 keputusan..

tapi dia tetap nak tipu2..

sorok2 dari kita..

xpe lah kita pon dah x mcm dulu..

so kita x rasa sakit sangat..

tapi kita tetap rasa sakit..

sebab dia orang yang kita xpenah rasa akan tipu kita..

tapi dia tipu kita..

Saturday, November 6, 2010

sila jangan tensen.sila buat muka manis.supaya result pon manis.

ape nak tensen..tau la nak exam lagi 2 hari..rilek2 sudaa..ko dah bacakan semua kan..ko dah try hafal mana yang patut kan..ko dah try fahami ape yang patutkan..ko dah try usha2 past year kan..ko dah wat solat hajat kan..ko dah doa panjang2 tiap kali solat kan..ko dah telefon ma abah tuk mintak doakan ko kan..ko dah kurangkan tido dan lebih kan studi kan..facebook pon ko dah banned kejapkan..twitter dah lama rindu ko tpi ko wat x kesah je kan..mana2 part ko rasa nak marah ko pendam je kan..paling2 tidak ko lepas kt sini je kan..sebab takut nk mengganggu emosi org lain lak kan..emosi ko xpe sebab ko kena bijak handle..sebab ko dah besar kan..lagu2 pon ko xlayan sgtkan..ko rindu gila kt josh ferro tapi ko wat mcm xknl dia je kan..dah tu apa lagi ko nk tensen2..sekarang ni ape ko perlu buat adalah TAWAKAL…berserah pada-NYA..tu semua kt atas tu lebih kurang cam usaha ko lah..ko dah buat ape ko patut buat kan..so sekarang trpulang pada DIA lah..diakhir nanti ape yang DIA nk kasi…dan masa tu ko xleh nk protes2 dah..sebab hanya DIA tahu apa yang terbaik tuk ko..harap2 ko dapat apa ynag ko harapkan..yang ko doakan tiap2 malam..harap2 diperkenan..and if there is not like what i wished then i know there will be a second chance..insyaAllah..segala yang baik datangnya dri Allah..dan yang buruk datang dari kekhilafan dan kekurangan diri aku..

orieda is welcoming u final exam!!

Friday, November 5, 2010

Lebih emo dari emo..

kau paham? Bagus!

jika kau rasa marahmu baik untuk kamu..

teruskan..sampai bila-bila kau mahu..

aku?

aku baik-baik saja di sini..

 

notakakitangan: bila marah terus kebaikan yang disanjung selama ini ditelan lumat-lumat..dikisar lalu menjadi bahan toksik yang bila-bila saja tunggu untuk dilupuskan..yang tinggal hanya rasa-rasa kemarahan..kenapa tidak kita meninggalkan sekejap rasa marah dan mengenang semula kebaikan..mungkin sekejap itu menjadi selama-lamanya..ohh..lebih emo dari emo.bye.perjuangan belum selesai. exam here i come.

Monday, November 1, 2010

typical n3 bila dekat nk exam.

Welcome Nov! 6 days more to go before the final exam.

final exam huh!

apa ada ngan final exam??

satu hukuman yang ‘berat’ jika kita gagal melaksanakannya.

sebab tu semua cuak.panik.nerbes.

aku lagilah.main makan dan tido makin menjadi jadi.

dah dihalang, tapi si laknat itu sangat kuat menghasut.

apapun usaha itu penting.

sebelum masanya jangan menyerah.

aku yakin. err Insyaallah.

notakakitangan: bufday kawan aku arini.tdi dh kol dia wished. sumpah aku rindu dia dan gelagat dia. aku hanya tukang gelak bila bersama dia..lawak aku xleh lawan lawak dia!

n3 4 syima2 kiri belakang; ada-(kwn aku dri lahir lagi), yana, nierah, dayah

kiri depan; fiza, -----, nadia

kami dri dulu sampai sekarang tetap kami!!xoxo

 

ni rumah dia.tapi dia x de dlm gambar nih.dia x suka gambarnye disiarkan.err gambar rumah dia pon jadi lah! another bestie aku yg kt belakang aku tuh yang wat peace tuh..seyes aku sayang budak ni sebab dia x penah marah aku..dia x emo mcm aku.dia baik.sopan.oo.sekarang dia da ade kete.senang nk gi jalan2.haha..

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger