Wednesday, September 7, 2011

Scaling.Gigi cantik tanpa karang gigi.

Hai. Assalamualaikum.

Senyum sikit. Lama tak jumpa kan. Smile

Bukan sibuk apatah lagi meyombong. Tapi biasalah kegiatan menulis di blog hanya akan giat dijalankan bila timetime nak exam, timetime assignment melambak, timetime lab report tak siapsiap, atau pelbagai time yang sepatutnya digunakan untuk benda yang patut didahulukan antaranya seperti tertera diatas.

Timetime free cuti empatpulohbulan eh silap empatbulan takde rasa mananya pon nak menulisnulis blog nih. Apatah lagi nak jenguk blog orang lagi malas. Yang tahu nya nak membuta je. Ganti tidor yang tak cukup di U katanya. Padahal kat U pon membuta jugak.haha. Itu aku. Aku tak dedikasi kat sapasapa pon. Tapi kalo nak terasa pon tak kesah. Kan 1 Malaysia.

Aha! Panjang benar intro nya. Tapi cikgu karangan aku dulu ada pesan kalo intro cantik dan cun nanti orang akan baca sampai habes. Cantik macam kau tak intro aku? *Boleh pegi tengok cermin dan jawab sesenyap dalam hati kauorang*

Okok. Ni baru nak masuk isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Scaling itu apa bendanya kau? Aku faham kalo korang tak tahu sebab aku pon first time je dengar. Aku biasa panggil cuci gigi je. Tapi bila dentist tu tau je aku budak pharmacy terus cakap guna termterm medical bagai. Cuti empatbulan doc banyak yang tak ingat. Doc senyum sinis. Ah terpukul. Tapi aku bijak. Aku agakagak ejaan scaling tu macam mana so masa si doc tu tgh scaling gigi kakak aku, aku curik bukak dict kat tepon type S.C.A.L.I.N.G. Untung iphone kecik tak besar macam ipad.

“the removal of calculus and other deposits on the teeth by the means of instruments”

Oh. Proses itu dipanggil scaling.

Sakit tak? Tak sakit sangat tapi ngilu. Tapi yang pasti berdarahdarah la jugak. Mulamula tu ok lagik sebab tak nampak darah. Bila doc suruh ludah dan kumur tengok darah dah start cuak. Cakap je budak pharmacy selalu je tengok darah katak. Itu darah katak. Ini darah manusia. Lain tau. Lain. Pegang tisu kuatkuat. Doc sambung kikiskikis karang kat gigi. Tapi hasil memuaskan. Thumbs up la doc.

Masa on the way balik abah ajak pergi lunch. Dapat idea nak pekena abah. ‘Eh abah doc tu pesan tak boleh makan selama seminggu kena minum air je.’ Abah ‘Hah.Seminggu? Serious?. Aku *anggukangguk kepala. Abah tanya lagi ‘betul ke ni?’ Aku ‘tipu jelah bah. Ada ke macam tu’ Abah *gelenggeleng kepala sambil senyum* dan cakap ‘ish budak nih’. Lepas balik rumah sehari suntuk senyum nampak gigi.Aku dan kakak aku. Duadua jenis masuk air. Masuk bilik pakatpakat senyum lawan gigi sapa lagi bersinar. Bengong!

scaling

Dapat ubat gigi free dan pamplet free. Mouthwash plandura tu mau rm12 jugak. Baik untuk gusi.

notakakitangan: Scaling nih doc tu cakap penting sebab kalo dibiarkan boleh kena infection kat gusi menyebabkan gusi bengkak dan berdarah bila berus gigi.

 

Have your say, in a united voice. http://goo.gl/3g7Yw

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger