Monday, October 31, 2011

Clerkship Yang Yummy!

Hai!

Tetiba hai pulak kan hari ni biasa pakai main attack je kan salam tak apa tak. Berubah angin sikit dowh!

Ok. Hari ni hari yang sangat dinanti-nantikan.Sangattt! Clerkship. Kalau kau ambik course pharmacy dan sekarang nih berada di tahun 1,2 atau 3 mesti kau dah muak baca status senior tahun empat kau orang tentang clerkship itu dan ini. Aku pon masa berada di tahun selain tahun empat agak blur-blur jugak apakah itu clerkship? Dan kenapakah ia sangat digeruni? Dan hari ini aku sudah mendapat jawapan yang paling tepat selepas diorientasikan oleh beberapa orang registered pharmacy U44 atau kau akan panggil dorang preceptor sepanjang clerkship di Hospital Pulau Pinang pagi tadi.

Dan hasil dari orientasi itu apa yang aku dapat capai clerkship itu yang pastinya bukan sejenis binatang mahupun kuih yang boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Memang tidak! Clerkship itu juga bukan sejenis kapal yang dikemudi oleh seorang kerani. Please, please jangan bodoh sangat untuk men’translate’ sebegitu rupa. Clerkship itu apa yang aku faham dalam keadaan separa sedar sambil menguap 18x adalah sejenis program yang dijalankan untuk bakal graduan pharmacy dan bukan untuk graduan culinary sebagai persediaan sebelum menjadi Pre-Registed Pharmacy (PRP) di mana-mana hospital milik kerajaan. Atau lebih ringkasnya sepenjang 7 minggu kau menjalani clerkship kau harus berlakon atau berpura-pura yang kau ini seorang pharmacist yang hebat. Lagi hebat kau berlakon lagi hebat markah kau. Tapi perlu diingatkan yang anda harus bersifat ikhlas dan jujur. Segala maklumat haruslah benar,tepat,tiada penipuan dan yang paling penting dari rujukan yang sahih dan bukan dari mana-mana laman sosial yang ada di laman sesawang dewasa ini.

Dan harus jugak diingatkan bahawa kerja seorang pharmacist itu bukanlah sekadar memberikan ubat ataupun menjaga stor semata-mata. Please be alert people.Sila betulkan mindset anda kembali selepas membaca entry aku nih. Please wake up! Hamboii marah pulak kau. Di sini akan aku sertakan apa yang akan kau jalani sepanjang 7 minggu kau di’clerkship’kan. Barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Eh kaitan pharmacy dan langit apa? *ok sila abaikan*

Ini jadual clerkship aku sepanjang 7 minggu yang mendatang:

  • Pharmacy managemant.
  • Satellite pharmacy
  • Oncology pharmacy
  • Drug information service
  • Counselling
  • Therapeutic drug monitoring
  • Total parenteral nutrition

Satu point untuk satu minggu. Adakah kau orang nampak mana-mana point diatas yang dengan jelas lagi bersuluh spotlight stated kendalian setor? Takde kan? So pharmacist is not about being drug stor keeper dan dapat gaji beriban-riban semata-mata. Sila ambil perhatian. Nanti aku akan explain satu-satu point diatas agar kau orang lebih faham dan menghormati profession pharmacy ni sebagaimana kau orang menghormati profession kedoktoran bila aku ada kelapangan. Sekarang aku kena pergi baca buku pasal pharmacy management sebelum aku kena shot dengan aku punya preceptors esok.

Macam manalah tak gerun bila nak kena revise balik perihal yang berlaku dua tahun lepas. Subject pharmacy management ni aku ambik masa tahun dua dan baru sekarang aku kena praktikkan balik apa yang aku belajar. Gila masak dowh slides lectures pon ada lagi ke aku dah delete ntah. *faint*

Sampai ke temu lagi.

notakakitangan: Yummy betul minum pagi tadi. Nasi lemak best! Clerkship yang yummy.

Tuesday, October 25, 2011

Hidup aku sebagai aku.

Ya. hidup aku sebagai aku. Dan hidup korang sebagai korang. Ada yang sama dan ada berbeza. Yang sama mungkin kita dapat lalui bersama. Dengan kegembiraan. Sebab yang sama tidak mungkin ada perselisihan hingga menimbulkan kesedihan. Jadi kita lalui bersama kesamaan itu dalam kegembiraan.

Lain pula hal nya dengan perbezaan. Bukan sekepala. Kau tidak boleh paksa aku untuk sekepala dengan kau. Dan aku jugak tidak boleh menolak kau masuk dalam ruang kepala aku yang tidak sekepala dengan kau. Walau hakikatnya aku cuba namun penolakkan itu tetap terjadi.

Lalu lakonan bermula. Sampai satu tahap aku bosan. Lalu aku putuskan sudah lah aku dan kau dua kepala yang berbeza timur dan barat dan mana mungkin kita searus. Dari dulu aku rasakan tapi aku bertahan. Sebab aku cuba untuk tidak memilih sangat.Aku rasa aku mampu tapi tidak.Aku tetap aku yang memilih dalam berkawan.Semenjak dua kehidupan kau aku rasa macam err. Entah lah kau definisikan sendiri lah jika kau rasa tulisan ini tertuju tepat pada kau.Aku blah. Maaf lah aku memang emo.

notakakitangan: Banyak yang sinis ingin aku perkatakan tapi biarlah hati aku saja yang mencernakannya. Nanti lain pula jadinya.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday- Yang ke berapa ntah!

IMG_0169

 

notakakitangan: Gerakkan cursor anda ketengah entry blog. Kenapa ntah jadik camtu. Hasil nukilan doodle2 bodo kat iphone. Kartun serabai tu bukan aku!

Tuesday, October 11, 2011

Huh! Blah ah Kau!

Pang! *tampar pipi kau kuatkuat*

Aku sedang marah. Tapi sebab aku cool aku lepas kat sini je.

Cool kan aku. Heh!

 

notakakitangan: sakit hati woiiii !!!!! Kau tahu sakit hati tu mcm mana??

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger