Saturday, February 18, 2012

Soalan Yang Digeruni

‘Ha,awak bila nak kawen?’, tanya seorang makcik kepada aku. Eh macam mana ntah boleh soalan itu tersasar mengenai tepat ke dahi aku.

Beberapa jam sebelum,

Aku, mum dan kakak ipar pegi lah satu majlis cukur jambul. Dan aku seboleh-bolehnya cuba untuk tidak menghadiri majlis-majlis seperti ini kerana dikhuatiri akan diserang seperti soalan diatas. Dan kekhuatiran aku jelas berasas kali ini. Dorang bukan main kencang berborak dengan pelbagai topik. Aku diam jeh. Jarang masuk campur dalam urusan berborak kelab makcik-makcik nih.

Dalam syok-syok melayan makan nasi tomato, kedebush satu soalan yang digeruni hinggap di dahi. Alahai makcik kenapa dalam banyak-banyak tetamu aku jugak yang kena. Mum senyum tanda minta aku jugak jawab soalan itu. Yelah dia sendiri tak pernah pon personally tanya aku dan bila ada yang sudi menjadi orang tengah maka mudah lah kerja dia.

Aku tanpa fikir panjang dan berlagak seolah-olah aku ni artis kerana ada yang sudi berlagak jadi reporter dengan bangganya aku menjawab no komen! hahaha. Rasakan. Dan makcik tu pon sambil nak cover cakap ‘aa belajar dan keje dulu nanti boleh tanggung mak ayah dulu’.

notakakitangan: gila kau taknak kawen. naklah tapi sebelum kawen tu nak kena la ada calon dulu. ye dak? bahhahaha.

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger