Thursday, October 18, 2012

Tidur Balik.

Tadi pagi, aku celik mata dan nampak 6.40. Aku gegas turun katil. Teguk segelas air kosong. Awek muda orang cakap. Wuduk. Solat. Doa. Mengaji.

Terhenti sejenak daripada berbuat apa-apa.

Tenung katil. Dengar hujan renyai-renyai. Menggoda betul. Tapi semalam punya janji dekat diri sendiri pagi ini bangun dan tolong jangan tidur balik. Buat la apa-apa yang patot. Kemas rumah sambil layan MHI mungkin. Tapi aku manusia biasa. Sentiasa mungkir janji. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri.Ya! Dan kali ini aku mungkiri satu lagi janji iaitu tolong jangan tidur balik selepas solat subuh.

Hujan punya pasal.

Tuesday, October 2, 2012

Aku rasa.

Aku rasa macam nak buat blog baru yang lebih terarah dan hapuskan blog ini. Tapi perlu ke dihapuskan blog ni? Atau kekalkan sahaja. Biar berkulat.

Tapi macam sayang. Kenangan mana mungkin boleh dihapuskan dengan begitu mudah. Macam mana nanti kalau dah dihapuskan tiba-tiba rindu. Apa nak buat.

Kekalkan blog ini sebagai tempat untuk aku merapu meraban. Meluah rasa. Memuntahkan kata. Bosan nanti boleh aku godek tulisan lama-lama dan gelak sendiri.

Perlu kekalkan. Atau hapuskan. Aku rasa.

 

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger