Thursday, August 25, 2011

Reappear. Same goes to them.

Missing this goguma couple damn much. Watch they’re singing together rasa macam nak menitis air mata. Ooouch! So sweet macam goguma jugak. Thank for this video kamoo!
















Banmal song ni dorang tulis sesama sebagai task dalam We Got Married. Tapi after program tu tamat Yong Hwa nyanyi sorang je. Kira masuk album CNBlue lah. Banmal tu maksud dia macam informal speech lah. Masa mulamula kenal SeoHyun macam segan nak guna bahasa informal dengan YongHwa sebab dorang tak kenal rapat dan YongHwa tu lagi tua dari SeoHyun. So kira macam YongHwa mintak kat SeoHyun tak yah nak guna formal speech bila cakap dengan dia. Baru rasa macam rapat dan laki bini.

Dorang sangat sweet. Haish masih terbayang-bayang lagik kemesraan malumalu tapi mahu dorang dalam WGM tuh. Sumpah rindu nak tengok dorang lagik. Sebab tu sedih bila tengok dorang nyanyi samasama kira macam couple yang korang tak expect pon akan break tapi ter-break then sambung balik. Ohh kyeopta!


notakakitangan : Look like they bumped into each other at the end of this video. Siap bunyik Ohh lagik.SeoHyun nervous abes la tuh!
notakakitangan1: Goguma tu potato. Couple nih suka makan goguma then terus fans bagi gelaran goguma couple.



We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN! http://goo.gl/XYJdP

Thursday, August 4, 2011

Perjalanan hidup aku bersama blogger.

Fuh.Fuh. Haish degil betul sesawang kat belog nih taknak blah. Tengok betapa lama dah aku tak bertandang ke sini. Last entry pon pasal Wordless Wednesday ritu. Dan dua minggu jugak lah ter-miss #WW tuh. Takdak gambar cun yang nak disiarkan. Kalau main siar je gambar apaapa ntah tak best lah. Takdak moral value behind it orang cakap.

Hari ini 4 Ramadhan tergerak pulak hati ini nak menulis. Walaupon takdak bahan pon nak dijadikan bahan untuk entry terbaru nih tapi nak jugak menaip. Dalam rajin rajin malas aku menaip kat sini rupanya dah ada 162 entry dah belog aku nih. Macammacam benda dah aku cerita kat sini. Kiranya 162 entry tu yang berjaya di-published lah. Yang dah berkurun dalam draft tu pon banyak. Tu tak masuk lagi yang taip pepanjang tetiba mati akal sekerat jalan pastu amek jalan mudah tekan DEL punya button.

Aku on blogger since July 2009. Kira dah masuk umur 2 tahun jugak lah belog nih. Kalau anak orang kira dah boleh berjalan dan bercakap. Dah boleh mencarut jugak. Eh bukan lah cakap aku dah boleh taip entry mencarut. Tak.Tak. Tak terpikir pon. Taip entry biasabiasa pon masih takat difahami oleh diri sendiri je. Kalau orang awam lain baca entah faham tidak apa aku taipkan. Inikan pulak nak taip entry tahap metafora hiperbola alaala mencarut. Memang tak ahh.

Dan selama 2 tahun tu jugaklah aku ada 33 follower  dan 152 published komen yang  bagi aku sudah cukup banyak as blogger biasabiasa tak femes macam cik epal. oklah dari takdak langsung kan? Aku pon tak tahu apa sebab dorang yang seramai 33 orang tu follow belog aku. Follow sebab nak suruh aku follow belog dorang balik atau memang follow sebab tertarik dengan belog aku. Tapi apaapa pon alasan korang follow belog aku, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Terima kasih daun keladi, ada masa datang lagi.

Aku memula join blogger ni memang sebab terpengaruh. Terpengaruh ngan satu belog artis nih. Aqasha. Korang kenal tak Aqasha? Pepandai lah google kalau tak kenal. Bila aku baca belog dia memang totally different kalau tengok dia kat tv ngan gaya penulisan dia. Aku selalu je bila habis baca satusatu entry dia aku akan cakap ‘eh betul ke Aqasha yang tulis nih?’. Bagi aku lah gaya penulisan dia memang sastera habis. Dan aku suka gaya penulisan begitu. Dan niat aku memula bina belog nih pon sebab kononkonon boleh menulis gaya seperti itu. Tapi kalau tiru gaya orang kemana sangat lah kita. Lastlast tak kesitu pon belog nih. Sekadar belog picisan yang biasabiasa saja. Bila ada sesuatu yang aku rasa aku nak tulis atau ada apaapa gambar yang boleh aku abadikan di sini aku buat entry baru. Sekadar itu saja.

 

notakakitangan: Itulah emo itu cute. Tapi ini bukan lah entry emo kesan nuffnang yang tak naiknaik. Tapi kalau yang membaca ni rasa nak tolong naikkan silakan. Smile

 

Hurry! Purchase a Samsung product and redeem your free gift today!http://goo.gl/F1sGN
© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger