Sunday, September 25, 2011

Rasa itu.

Hmm..dah lama tak ber-emo disini. Empat bulan dirumah tiada apa yang perlu di-emo kan. Dimanjai siang malam bagai puteri, bila kembali ke asrama rasa lah kau. Betapa hidup sendiri itu susah. Uraturat kasar di tapak tangan kembali menjelma. Mengikat perut sambil melayan usikan nakal imbasan makanan di rumah itu dah jadi satu tabiat. Bukan ketiadaan duit tapi ketiadaan rasa untuk merasa apa jua yang dihidangkan di kedai sana. Yang akhirnya diputuskan untuk menahan saja amaran bunyibunyi keras hasilan si perut. Paling tidak jika tidak tahan ku kunyah laju penuh rakus Mister Potato Crisp kaler biru. Itu pon stoknya sudah habes malam ini. Itu kisah aku,rumah dan makanan.

Malam ini sunyi. Di saat mata tak mahu mengundurkan diri tapi ketiadaan rasa untuk menyelak muka surat bukubuku tebal puluhan dan ratusan ringgit itu apatah lagi menyiapkan segala bagai keskes pesakit yang berpenyakit itu. Aku memutuskan untuk menulis. Perkara biasa yang aku lakukan cuma kadangkadang terzahir di sini kadangkadang sekadar bertulisan cakar ayam di benak cuma. Di benak yang terlampau banyak hal yang tersimpan. Kadangkadang tak tertanggung oleh tubuh kecil ini.

Tapi itu hal aku. Aku punya hal. Kadangkadang aku biarkan sahaja hal  yang macammacam itu. Membiarkan hal itu membuat hal masingmasing. Dengan harapan hal itu selesai dengan sendirinya. Tapi mana mungkin. Lambat laun hal yang macammacam itu akan mencari aku jugak minta diselasaikan. Bila tiba saat itu lah yang membuatkan malam aku seperti malam ini. Malam yang tak mampu untuk melelapkan mata. Satu hal yang aku paling tidak suka kerana ia mengganggu perjalanan hidup aku untuk hari esoknya. Nanti mesti timbul hal yang baru. Itu yang leceh. Bosan!

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Cuma aku bosan dengan hal yang macammacam itu. Sampai satu tahap bila aku terlampau melayan hal yang macammacam itu hasilnya dua semester jugak lah keputusan peperiksaan aku macam haram. Itu yang aku nak damn sana damn sini. Tapi gunanya apa berkelakuan begitu jika akhirnya batang hidung sendiri yang sakit.

Azam aku sebelum jengahkah muka di pintu pagar desasiswa aku nak simpan kejapkejap hal yang macammacam itu kat sini. Dalam hati. Biar mati di ‘metabolised’kan oleh enzyme hati lalu boleh di ‘excrete’ kan melalui urine. Tapi hampa! Hal macammacam yang lain pulak yang datang. Hal yang setahun lepas. Yang aku rasa sudah aku campak ke dasar hati paling jauh. Kalau nak cecah kesana mahu lima enam tangki oksigen diperlukan.Oh damn!

 

notakakitangan: Aku harap aku tabah. Itu sahaja yang aku perlu saat ini.

Wednesday, September 21, 2011

Mr Rieri. I love you!

Hey! I have a new boyfriend. Secondary boyfie. The other **Ri is still my number one. Aha!

Riri

notakakitangan: Berborak dengan benda bukan hidup ni seronok sebenarnya. Dia tak melawan.

 

R U Ready to win RM 1,000? http://goo.gl/IF0LA

Saturday, September 17, 2011

Ada Kejutan Tak Terduga.

It has being a week actually. Tapi baru nak update. Orie kan kerja tangguh-menangguh tu dah sebati dalam diri. Bestfriend forever. BFF! haha.

Yes talking about surprise. You love it, ain’t you? Me too. Surprise yang aku dapat tu dah setahun lamanya aku tunggu sampai aku dah tak ingat yang aku tunggu ‘benda’ tu. Then suddenly aku dapat jugak ‘benda’ tu melalui inbox facebook. Walaupon setahun tapi ‘benda’ tu macam memberikan satu penjelasan walaupon tak berapa jelas but at least aku boleh faham. Macam kau baca nota physiology lah kau rasa kau faham but then bila kena soal dalam kelas kau sebenarnya tak faham pon.

Written there :

     ‘ i’m not good with words.’- Someone.                                 

But then you know, i’m touched badly. Nangis! Air mata the only way how i convey my feeling. Marah pon aku nangis apatah lagi sedih ataupon terharu. Double airmata lah jawabnya. Yes! Aku terharu dengan penjelasan itu. At least u made an effort tough it takes a year.

 

notakakitangan: For that ‘pissed off’ thing i’m truly sorry. Didn’t mean it. For hurting someone like you is my bad.

sorry

Friday, September 16, 2011

I Love My Family. Do You?

11 Sept 2011.

His bufday but wait I’m forgot to wish him at the right time. I mean at 12.00am.Oh my bad. Sibuk sangat kemas barang nak bawak balik Penang. Bajet sikit je nak bawak balik tapi biasalah Orie end up buncit jugak bonet kereta tuh. Sorry Abah!

Dan pada tarikh itu jugak lah aku dikehendaki bertolak balik ke Penang. Balik Usm exactly. Balik untuk meneruskan perjuangan setelah empatbulan direhatkan daripada apaapa aktiviti mengggunakan otak samada otak kiri mahupon kanan. Teruk bukan? But itu lah aku. Cuti is rehat. Aku bet korang pon sama kan? aha!

Oh ye. Penagalaman balik Penang kali ini sangat menarik. During the rest time, I mean for abah lah sebab dia driver kitorang penumpang sepanjang jalan rest je duduk di seat penumpang. Berhenti rest di Banjaran Titiwangsa. Sejuk giloss. Dah la tempat tu sememangmemangnye sejuk tambah pulak hujan. Memang layan. Sampai si Haikal makan sambil berdiri tahantahan sejuk macam nak kencing tuh. Lagi syok oo sejuksejuk layan nasi kerabu ayam bakar dan daging bakar beli tepi jalan kedai makcik banyak mulut. Haish!

Yang menariknya bukan makcik banyak mulut tu tapi ni hah.

IMG_0223

Me, Aznil Hj Nawawi, Danish and Emyla.

‘Eh tomtombak lah’- Mukhriz. Mukhriz panggil Aznil tuh tomtombak. Lepas je makan disajikan pulak dengan rombongan genggeng Dj Era. Jumpa Ray but aku just say Hi. Boleh pulak lupa nak ambik gambar dengan dia. Ish! Dorang dari Johor menuju ke Kelantan untuk program Erathon kot. Dorang singgah situ pon sebab nak rehat masuk toilet. Oh ye. Toilet kat situ dah cantek. Berbaloi lah masuk toilet berbayar.

Lagi gambar kitorang dengan membaca artikel ini seterusnya. Eh macam ayat Beautifulnara pulak. hehe.

IMG_0222

This is Dina. Ala yang nyanyi lagu Selamat Tinggal ynag feat dengan Zizan Raja Lawak tuh.

Mum kat belakang tuh. Tengah cakap ngan sapa la tu.

IMG_0224

Abah pon nak jugak!

………………………………………………………………………………………………………

Lepas tu 10minit gerak dari situ berhenti lagik. Danish Harris berak pulak. Danish Harris kena ikut jugak hantar mak sedara dia ni balik Penang sebab mama dia tak dapat cuti. Kesian mum kena riba Danish yang besar gedabak tu sepanjang jalan.

Gambar lagik.

IMG_0226

Mak sedara paling sporting. Aku lah tuh. See my oldest anak sedara dah nak sama tinggi dengan aku. Baru darjah 5. See Danish Harris nampak mata hitam je. Ala rindu banyakkkkkk la kat kamu Danish Harris.

IMG_0227

Abah, Danish, me, Mukhriz and Haikal.

IMG_0228

Candid. Mum tengah bancuh susu Danish Harris.

 

notakakitangan: Aku sayang mereka sebab mereka sebahagian daripada aku.

 

Wash. Tone. Moisturize. http://goo.gl/WavmR

Thursday, September 8, 2011

Jangan merajuk tak bertempat.

Moral of the story. Kena lecture. Padan muka.

“kalau ada sorg antara kita mrh2 xpaya la nk merajuk xmsg xjwb.dgr je marah.da abes mrah ok la.xda pa yg xpayah msg ke balas balik.i xsuka mcm tu”

Pedih la jugak dapat mesej ni semalam. Tapi rasa betul jugak kan. Baru pergaduhan tu tak melarat-larat. Marahmarah makin di layan makin menjadi. So diam jalan penyelesaian terbaik. Jangan menjawab.

notakakitangan: first time kena lecture dgn org selain mum dan abah.

Wednesday, September 7, 2011

Scaling.Gigi cantik tanpa karang gigi.

Hai. Assalamualaikum.

Senyum sikit. Lama tak jumpa kan. Smile

Bukan sibuk apatah lagi meyombong. Tapi biasalah kegiatan menulis di blog hanya akan giat dijalankan bila timetime nak exam, timetime assignment melambak, timetime lab report tak siapsiap, atau pelbagai time yang sepatutnya digunakan untuk benda yang patut didahulukan antaranya seperti tertera diatas.

Timetime free cuti empatpulohbulan eh silap empatbulan takde rasa mananya pon nak menulisnulis blog nih. Apatah lagi nak jenguk blog orang lagi malas. Yang tahu nya nak membuta je. Ganti tidor yang tak cukup di U katanya. Padahal kat U pon membuta jugak.haha. Itu aku. Aku tak dedikasi kat sapasapa pon. Tapi kalo nak terasa pon tak kesah. Kan 1 Malaysia.

Aha! Panjang benar intro nya. Tapi cikgu karangan aku dulu ada pesan kalo intro cantik dan cun nanti orang akan baca sampai habes. Cantik macam kau tak intro aku? *Boleh pegi tengok cermin dan jawab sesenyap dalam hati kauorang*

Okok. Ni baru nak masuk isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Scaling itu apa bendanya kau? Aku faham kalo korang tak tahu sebab aku pon first time je dengar. Aku biasa panggil cuci gigi je. Tapi bila dentist tu tau je aku budak pharmacy terus cakap guna termterm medical bagai. Cuti empatbulan doc banyak yang tak ingat. Doc senyum sinis. Ah terpukul. Tapi aku bijak. Aku agakagak ejaan scaling tu macam mana so masa si doc tu tgh scaling gigi kakak aku, aku curik bukak dict kat tepon type S.C.A.L.I.N.G. Untung iphone kecik tak besar macam ipad.

“the removal of calculus and other deposits on the teeth by the means of instruments”

Oh. Proses itu dipanggil scaling.

Sakit tak? Tak sakit sangat tapi ngilu. Tapi yang pasti berdarahdarah la jugak. Mulamula tu ok lagik sebab tak nampak darah. Bila doc suruh ludah dan kumur tengok darah dah start cuak. Cakap je budak pharmacy selalu je tengok darah katak. Itu darah katak. Ini darah manusia. Lain tau. Lain. Pegang tisu kuatkuat. Doc sambung kikiskikis karang kat gigi. Tapi hasil memuaskan. Thumbs up la doc.

Masa on the way balik abah ajak pergi lunch. Dapat idea nak pekena abah. ‘Eh abah doc tu pesan tak boleh makan selama seminggu kena minum air je.’ Abah ‘Hah.Seminggu? Serious?. Aku *anggukangguk kepala. Abah tanya lagi ‘betul ke ni?’ Aku ‘tipu jelah bah. Ada ke macam tu’ Abah *gelenggeleng kepala sambil senyum* dan cakap ‘ish budak nih’. Lepas balik rumah sehari suntuk senyum nampak gigi.Aku dan kakak aku. Duadua jenis masuk air. Masuk bilik pakatpakat senyum lawan gigi sapa lagi bersinar. Bengong!

scaling

Dapat ubat gigi free dan pamplet free. Mouthwash plandura tu mau rm12 jugak. Baik untuk gusi.

notakakitangan: Scaling nih doc tu cakap penting sebab kalo dibiarkan boleh kena infection kat gusi menyebabkan gusi bengkak dan berdarah bila berus gigi.

 

Have your say, in a united voice. http://goo.gl/3g7Yw
© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger