Wednesday, July 20, 2011

#4 Wordless Wednesday

ayam

 

notakakitangan: pinjam gambar kejap ye? kikiki

 

Put on Bausch & Lomb contact lenses that give you the Freedom To Look Hot!http://goo.gl/cNdSi

Friday, July 15, 2011

Bersantai bersama mereka.

Mereka tu tak lain dan tak bukan aku punya family lah. Susah oo nak plan percutian sesimple nih pon. Bila dah set tarikh cuncun tapi dekatdekat ngan tarikh ada la yang cuti tak di approved lah, anak demam lah, kereta tak bayar roadtax lagi lah. Ye lah dorang semua dah ada family memasing. Aku lain cerita lah. Empat bulan oo cuti. Percutian ni pon idea bernas aku jugak sebab bosan wei duk melangut buncitkan perut je keje kat rumah ni. Keje paling berat kat rumah ni pon nak kena tidurkan si budak kecil Ariel yang susah benoo nak nidurnya.hehe. Berat tuh keje yang mum aku bagi kat aku sepanjang cuti nih. Dia tak tidur dalam buai so nak kena tidurkan pakai cara manual yang selalunya berakhir dengan aku yang tidur dulu.

Ala banyak sebenarnya nak cerita pasal percutian nih tapi semua dah terlupa sebab percutian ni dah seminggu yang lepas tapi balikbalik je dari cuticuti cinta tu tautau kabel telefon berhampiran kena curi menjejaskan penggunaan streamix. Bengong kau si pencuri. Ni dah masuk kali ke 6 kot asyik kena curi cakap je ada unit peronda malammalam. Ish!

Layan gambar je lah. Ala macam alaala wordless wednesday. Biar gambar yang bercerita. Acecece.

whole family

Rombongan hari itu. p/s: tak semua adik beradik pon ada ni. 2 orang abang dan sorang adik. Ni dah campur ngan ipar dan anak sedara.

girls only

Just arrived. Posing dulu seposen

orieda alone

Ketua rombongan. Kata kau! Segala kerja penempahan bilik dan urusan aku yang buat. Cuma tukang bayar je bukan aku. Fully sponsored by abang aku yang pakai topi kat atas tadi.

mumaku dan uyihabah dan arielIMG_0081abah danishbebudak

1) Mum dan Danish.

2) Aku dan Mukhriz.

3) Abah dan Ariel (budak susah nak tidur)

4) Haikal enjoying his pelampong kat swmming pool.

5) Abah ajar Danish berenang.

6) Doranglah yang menghiburkan hati tatkala cuti panjang ini. I’m a babysitter. Fuhh!

ariel n danish pantai

They are not twin tapi lahir tahun sama, lain mak dan ayah tapi sama tok bah dan tok ma. In black suit Ariel Adam and in white suit Danish Harris. Mereka happily menuju ke pantai sambil makan pasir.

added aliff

Jalanjalan kat pantai. Mum dan Abah dan kaum lelaki lain sampaisampai je terus tidur.Haish!

aliff alone

The most poyo boy. Adik bongsu aku.

indoorbbqpantai

1) Pemandangan dari atas katil bilik. Ni dari belakang. Kalo dari depan nampak swimming pool.

2) BBQ time.

3) Pemandangan dari pantai menghala ke bilik. Nice!

 

notakakitangan: Sudara Beach Resort, Tok Bali Kelantan.

notakakitangan1: Pilih bilik Sea view plus pool view. Mahal tapi berbaloi. Sumpah lawa dan mendamaikan.

notakakitangan2: Mum aku cakap macam nak pergi situ every weekend.

 

Win yourself seats on a flight! http://goo.gl/Ah21z

Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday

IMG_0012

Wordless Wednesday: Setiap hari Rabu semua blogger meletakkan gambar di blog mereka tanpa menjelaskan keterangan tentang gambar tersebut. Biar gambar yang bercerita.

notakakitangan: Err am i cute?

Discover the one-stop community for all SPM students to ease their stress and prepare for the big exam.http://goo.gl/mFsR6

Monday, July 4, 2011

Minyak Kelapa Dara @Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel By Catalyst.

Hai semorang. Smile

Korang pernah dengar tak pasal minyak kelapa dara or in mat salleh languange kita panggil virgin coconut oil. Minyak kelapa dara ni banyak khasiat yang tersendiri. Sebab dalam kandungan minyak kelapa dara ni ada sekurang-kurangnya sembilan jenis asid lemak (fatty acid). Kajian ada menunjukkan asid-asid yang terkandung dalam minyak kelapa dara ini sangat berfaedah untuk kesihatan tubuh badan. Especially good for health adalah asid laurik yang merupakan kandungan lemak tepu yang dapat bertindak sebagai anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat, oleh itu ia dapat meningkatkan sistem imun dan mengawal kesihatan badan. Laurik asid juga terdapat dalam kandungan susu manusia. Bila minyak kelapa dara ini di ambil ia akan ditukarkan kepada monolaurin yang dapat meningkatkan pertahanan sistem imun tubuh dan melawan serangan penyakit.

vco

Virgin Coconut Oil Softgel keluaran Catalyst Nutracetical adalah produk berasaskan seratus peratus daripada minyak kelapa dara.Minyak kelapa dara yang dihasilkan tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat di dalamnya. Antara khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara adalah:

  1. mengurangkan kadar kolesterol ---> ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
  2. mengawal kencing manis---> pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
  3. mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia lanjut---> anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukkan radikal bebas.
  4. tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah---> mengatasi pembentukkan plak pada pembuluh darah  yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
  5. mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit---> ia mempercepat pergantian sel kulit mati dengan sel yang baru selain dapat melindungi kulit daripada sinaran ultra violet.
  6. pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang---> sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  7. terhindar dari gejala alahan---> minyak kelapa dara bertindak sebagai anti histamine.
  8. mengelakkan risiko kanser---> minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran pathogen(benda asing). Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  9. keadaan berdengkur akan hilang---> kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Setakat ni saya dah try guna produk nih. Eh bukan saya je my mum, sis and sis in law pon dah guna.hehe. Produk ni dalam bentuk softgel so bila makan takdelah rasa pahit macam makan tablet or capsule biasa tu. Selain tu korang pon boleh sapu kat muka as masker. Kira produk ni 2 in 1 lah. Boleh makan dan jugak sapu kat muka. Minyak kelapa dara ni bukan ubat tapi lebih kepada supplement atau makanan tambahan. So side effect tu mungkin tak ketara sangat or mungkin takde. Depend on proses tubuh kita jugak lah. Satu lagi ia bagus untuk wanita mengandung.

vcoVCO softgel.

CATALYST   The Alternative Ways To Your WellnessSKeratan Akhbar September 2010.

Kalau anda berminat mendapatkan produk Virgin Coconut Oil Softgel ni anda boleh:

Juga sertakan bersama:

Nama:

Alamat:

e-mel:

No Hp:

Item/kuantiti:

p/s: Jika inginkan produk-produk lain keluaran Catalyst pon boleh inbox/emel saya.

notakakitangan: Usaha tangga kejayaan. InsyaAllah dengan izin Allah segala tujuan menggunakan produk ini akan berhasil.Smile

notakakitangan1: tips: untuk mengetahui sesuatu produk itu baik atau tidak sebelum mencuba anda boleh ke klinik/hospital untuk mengetahui keadaan badan/kesihatan anda. Dan selepas mencuba produk tersebut anda dapat membandingkan keadaan badan/kesihatan anda sebelum dan selepas pengambilan sesuatu produk/supplement.

Selamat mencuba!

Article perigi cari timba.

Article perigi cari timba,nisbah perempuan kepada lelaki ialah 37: 1 wei. Aku taknak jadi andartu. Kauorang mesti tau kan taglined cerita apa ni. Ye tepat! Cerita 321 Cinta. Kauorang dah tengok ke? Aku dah!

Agak merisaukan jugaklah bila dengar pasal nisbahnisbah nih. Ye lah dengar pulak time musim kenduri kendara. Heh. Terasa diri ini begitu tersindir. Betul jugak kan tengok jelah sekarang bilangan perempuan kat manamana tempat sama ada universiti, tempat kerja, tempat lepak apatah lagi di shopping complex, dengan jelas dan terang kaum perempuan nih memang terlebih sudah. Nampak gaya kecenderungan poligami dan andartu tu pon akan meningkat jugaklah kan. Patutlah ramai yang memburu laki orang kannnn. Heh mintak simpang.

Sebagai contoh, dulu masa aku di kolej batch aku adalah dalam 38 orang camtu. Dan tak sampai separuh pon daripada bilangan tuh adalah lelaki. Katakanlah jika setiap seorang budak lelaki batch aku bercouple dengan 3-4 orang budak perempuan dalam batch aku barulah setiap  budak perempuan batch aku termasuk aku akan dimiliki. Nampak tak kecenderungan poligami dan andartu di situ. Ni sebagai contoh je lah. Untuk menampakkan lagi situasi kepupusan kaum lelaki menjelang abad 2020 kelak. Tapi aku yakin orang perempuan takdelah terdesak gila macam tu sekali untuk bercouple. haha. Ni contoh.Tu tak kira lagi lelaki yang dah tersimpang masuk jalan lain. Fahamfaham jelah jalan mana dorang masuk.

Tapi aku rasa hal ni tak perlu nak dirisaukan sangat. Orang cakap kalau ada jodoh tak kemana. Tingkatkan usaha, doa dan tawakal. Dalamdalam tak ramai lelaki pon lelaki masih ramai lagi. Tengok jelah group k-pop sebagai contoh dalam satu group palingpaling tidak ada 5-13 orang lelaki. Darabkan bilangan ni dengan 100 group k-pop yang lain. Ha, ramaikan. Tapi samaada mereka ni benarbenar lelaki atau tidak itu je yang merisaukan.haha.

Heh.Kenapa mesti contoh itu yang aku berikan? hehe.Nisbah tu cuma angka. Anggaran kasar. Jangan bimbang sangat(nasihat untuk diri sendiri jugak). Kuatkan keyakinan Mr. Right korang akan menjelma jugak when the right time come.

Sekian, ceramah untuk hari ni. ekeke.

notakakitangan: Cinta takkan datang jika tak dicari. Eh betul ke?

 

Jom vote favourite homemade band korang. http://goo.gl/G9t4R

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger