Sunday, September 25, 2011

Rasa itu.

Hmm..dah lama tak ber-emo disini. Empat bulan dirumah tiada apa yang perlu di-emo kan. Dimanjai siang malam bagai puteri, bila kembali ke asrama rasa lah kau. Betapa hidup sendiri itu susah. Uraturat kasar di tapak tangan kembali menjelma. Mengikat perut sambil melayan usikan nakal imbasan makanan di rumah itu dah jadi satu tabiat. Bukan ketiadaan duit tapi ketiadaan rasa untuk merasa apa jua yang dihidangkan di kedai sana. Yang akhirnya diputuskan untuk menahan saja amaran bunyibunyi keras hasilan si perut. Paling tidak jika tidak tahan ku kunyah laju penuh rakus Mister Potato Crisp kaler biru. Itu pon stoknya sudah habes malam ini. Itu kisah aku,rumah dan makanan.

Malam ini sunyi. Di saat mata tak mahu mengundurkan diri tapi ketiadaan rasa untuk menyelak muka surat bukubuku tebal puluhan dan ratusan ringgit itu apatah lagi menyiapkan segala bagai keskes pesakit yang berpenyakit itu. Aku memutuskan untuk menulis. Perkara biasa yang aku lakukan cuma kadangkadang terzahir di sini kadangkadang sekadar bertulisan cakar ayam di benak cuma. Di benak yang terlampau banyak hal yang tersimpan. Kadangkadang tak tertanggung oleh tubuh kecil ini.

Tapi itu hal aku. Aku punya hal. Kadangkadang aku biarkan sahaja hal  yang macammacam itu. Membiarkan hal itu membuat hal masingmasing. Dengan harapan hal itu selesai dengan sendirinya. Tapi mana mungkin. Lambat laun hal yang macammacam itu akan mencari aku jugak minta diselasaikan. Bila tiba saat itu lah yang membuatkan malam aku seperti malam ini. Malam yang tak mampu untuk melelapkan mata. Satu hal yang aku paling tidak suka kerana ia mengganggu perjalanan hidup aku untuk hari esoknya. Nanti mesti timbul hal yang baru. Itu yang leceh. Bosan!

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Cuma aku bosan dengan hal yang macammacam itu. Sampai satu tahap bila aku terlampau melayan hal yang macammacam itu hasilnya dua semester jugak lah keputusan peperiksaan aku macam haram. Itu yang aku nak damn sana damn sini. Tapi gunanya apa berkelakuan begitu jika akhirnya batang hidung sendiri yang sakit.

Azam aku sebelum jengahkah muka di pintu pagar desasiswa aku nak simpan kejapkejap hal yang macammacam itu kat sini. Dalam hati. Biar mati di ‘metabolised’kan oleh enzyme hati lalu boleh di ‘excrete’ kan melalui urine. Tapi hampa! Hal macammacam yang lain pulak yang datang. Hal yang setahun lepas. Yang aku rasa sudah aku campak ke dasar hati paling jauh. Kalau nak cecah kesana mahu lima enam tangki oksigen diperlukan.Oh damn!

 

notakakitangan: Aku harap aku tabah. Itu sahaja yang aku perlu saat ini.

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger