Thursday, June 9, 2011

Lagu tema nora elena.

Eh nora elena lagi. Tiap kali pukul 7 malam je timeline twitter mesti penuh hashtag noraelena.Bila aku baca caracara mahupon tips nak naikkan trafik kat blog, kita kena guna tajuk pasal benda yang tengah hot sekarang nih. *eh kau siap baca tips bagai*.haha. Trafik tak naiknaik jugak.Alah aii tak chantek  macam hanis zalikha. Macam tajuk aku guna tuh.Nora elena tengah jadi fenomena kot. Dengan Setan tu lagi. Eh silap Seth Tan la. Semua awek sebelum tidur tepuk bantal 3 kali nak mimpi Seth Tan tu jadi laki dia. Tau sangat la. Kalau yang awek tu tak pe lagi. Yang masalah nye si mak awek yang laki tengah tidur sebelah pon nak jugeekk mimpi Seth Tan. Ohmai!

Eh termelalut.

Ok back to the main point lagu tema Nora Elena. Aku suka betul dengan dua lagu tema dalam cerita tuh. Lagu Sofaz yang tajuk Dan Bila Esok plus lagu yang tajuk Terhenti Di Sini nyanyian Asfan. Seriusly tak kenal pon sapa si Asfan nih. Tapi best jugak suara dia. Ok. Why? Why? Why? Aku suka lagu nih?

  1. sebab lirik dia macam kena je ngan situasi aku sekarang nih.
  2. sebab lirik dia macam kena je ngan situasi aku sekarang nih.
  3. sebab lirik dia macam kena je ngan situasi aku sekarang nih.

Sila jangan menyampah.Annoyed 

Alah korang pon kalau dengar lagu then tibatiba lagu tuh kena lak ngan jiwa dan emosi korang time tuh aku sure kuasa empat korang akan dengar lagu tuh 25 jam/8 hari kan? Belum sempat habis lagu tu korang cepatcepat putar balik kan. Tak pon korang siap wat playlist asing yang hanya ada lagu tuh je kan. Tak pon korang buat nada dering kan. Tak pon buat profile picture kat facebook yang ada lirik lagu tu kan. #Ehsamalah.Terkebetulan itu dah memang di takdirkan dah.

Cinta datang dan pergi. Tapi kalau boleh dah sekali datang mesti dah taknak mintak pergi kan. Biarlah stay kat situ (baca hati) sampai mati kan. Tapi iyelah kita siapakan nak halang takdir. Biarkan jelah. Redha. Sabar.Kuat. Doakan moga masih ada harapan ke arah kebaikan yang korang dambakan. Tak perlu nak negative sangatlahhh. Aku pon sama.

Eh termelalut lagi.

Ok lah kauorang layankan jelah lirik kat bawah nih. Plot ceritanya, at first situasi 1 yang terjadi. But then lamalama situasi 2 pon terjadi. Ok selamat memahami plot situasi aku sekarang nih.*Eh tapi tak paksa*

 

Terhenti Di Sini.

(Situasi 1)

stop love

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta.

 

Dan Bila Esok.

(Situasi 2)

broken_heart

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya.

 

notakakitangan: kalau tak faham jugak boleh pm aku.heh!

notakakitangan1: Si asfan nih muka emo tapi dalam hati ada taman.Muka dan lagu tak sehala langsung.

asfan

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger