Saturday, June 18, 2011

Dear Iphone 3G yang disayangi.

Aku tahu kau rasa tersisih sebab ramai duk kejarkejar kawan kau yang nama iphone4 tu tak pon yang nama ipad2 tu kan. Aku tahu kau kecik hatikan sebab hari tu kau dengar yang aku ada mintak izin dengan mum aku yang aku terasa seperti ingin meminang je salah seorang dari yang dua yang selalu dikejarkejar orang tuh kan. Aku baru je berniat. Tak tunaikan pon lagi. Tapi kau dah terus tunjuk muka yang sangat menyakitkan aku. Penat aku ke hulu ke hilir tanya mr google nak ambil hati kau balik.

Tapi kau degil. Seminggu jugak lah jenuh aku duk nak settle kan masalah tu. Sampai satu tahap aku give up dah nak selesaikan sendiri so aku bawak kau pegi jumpa tauke kedai cina yang jual kawankawan sejenis kau. Mahu mati terkejut beruk aku dengar yang tauke cina tu kata nak pulihkan kau aku kena bayar pengeras 150 tunai.Gila hape mahal macam bedil.

Aku pon bertekad dalam hati benda nih aku boleh settle sendiri. Masalah aku apa nak susahkan orang. Aku try punya try sampai menangis aku cakap kat diri aku apasal aku tak pandai nak settle masalah ni sendiri. Kan best kalo aku terror macam hacker yg duk serang website kerajaan tuh. Jahat noh depa. Eh lari tajuk. Biasa kalo nak lepas tensen tak boleh nak settle masalah macam ni aku hentakhentak mouse aku. Tapi kali ni aku tak buat macam tu sebab mouse baru beli.Mouse wireless boleh guna dalam jarak 10meter aku habaq hang!

Aku try lagi hari ni satu hari suntuk untuk pulihkan kau sampai sepatutnya aku keluar teman mum aku shopping barangbarang dapur petang tadi tapi dibatalkan sebab mum aku faham yang aku dalam keadaan stress yang amat tak dapat nak selesaikan masalah aku dan kau. Dah malam aku masih tak dapat cari penyelesaiannya. Berhenti solat mahgrib lepas tu keluar teman mum beli barangbarang dan keluar dinner. Singgah Arianni kejap nak cari tudung matching ngan baju nak pergi kenduri cousin kesayangan esok. Tak pergi kang abah kecil hati sebab tu anak sedara dia. Dah tu lupa pulak nak mintak card gold arianni dari kakak aku. Kalau tak dapatlah diskaun 20-30%.Call dia tak dapat. Balik rumah rupanya dia pon keluar. Sekali bila balik tanya dia pegi mana rupanya dia duk syok shopping laki bini sebelah je ngan kedai mum aku duk beli barangbarang dapur tuh. Ok double stress di situ!

Balik dari dinner sambung cari tips nak baikpulihkan kau. Tanpa diduga dengan kuasa kehebatan pencarian di google.com dan kuasa Dia, yeay i DID! Hoh kenapa tak jumpa penyelesain nih seminggu lepas. Sampai hati kau buat aku nangis2 camni. Dan disebabkan itu aku dah nekad salah satu dari kawankawan kau yang selalu di kejar orang semenjak dua menjak ni akan menjadi milik aku.

iPhoneRecovery

Ni lah rupa merajuk kau yang buat aku hangin satu badan.

mouse

Ni mouse yang aku guna. Wireless mouse. Still sayang nak hempashempas.Tunggulah sebulan dua lagi.

notakakitangan: Sepatutnya senang je nak keluar dari recovery mode nih. Main on/off je. Tapi apasal ntah iphone aku macam tak nak jalan guna cari tuh. Tu makan masa seminngu nak pulih.

notakakitangan: Eh iphone4 ke ipad2 nih? Ke samsung galaxy tab?

1 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger