Wednesday, March 9, 2011

dulu.

kau pernah tak bila bangun tidur kau rasa macam eh apa aku dah buat ni? maksud aku di sini bukan semalam sebelum tidur. tapi yang sebelumsebelum ini. hari yang sebelum hari kau bangun tidur tu. kau rasa segalanya mesti dihentikan. tak perlu untuk dilanjutkan untuk hari berikutnya.sebab kau dah letih. dan yang pastinya kau sangat rindu dia. dia yang dulu kamcing gila (bintang yang haram dimakan) dengan kau. hari yang kau bangun tidur tu sampai ke malam kau asyik ingat dia. sebab bila kau bukak facebook iaitu permainan traditional zaman sekarang kau asyik nampak gambar kau bersama dia suatu masa dahulu. mark zuckerberg pon macam tautau je ayik duk pampam gambar kau dan dia je di sebelah sisi kanan facebook kau tu.

dah tu kawan sebilik kau esok ada peperiksaan penting bersama dia. dan kau pening. perlu ke kau wall post kat dia wish good luck. sebab dulu biasanya macam tu lah kau dan dia. duk depan mata pon nak ber-ym bagai.bukan cerita apa pon cerita pasal gosip kat blog beautifulnara je pon. tapi kali kau pandai mengungkit. dia bufday kau pon tak wish. tiada doa selamat pon dari dia untuk tahun ini kepada kau. itu lah kata-kata hati jahat yang selalu kalo kau tengok drama melayu arahan yusuf haslam yang selalu pakai jubah hitam kononkonon setan. kau nekad. tak apa lah kali ini. kau kirim aje wish good luck kau ikut hembusan angin. mogamoga sampai ke hati dia.takut nanti kalo berwall post dia tak reply kau jugak makan hati.

untuk dia.kau cakap dalam hati ‘kawan yang kau selalu ingati  mogamoga esok lulus peperiksaan JPJ.dapat lesen cepatcepat’.boleh bawak kau shopping queensbay.(ayat last kau tu dia reply.in your dream!)

blog yah n aku

dulu.(sekadar gambar hiasan)

notakakitangan: roomate aku kata dia bedebar gila nak test JPJ esok.part bukit paling takut katanya. aku kononkonon bagi nasihat. walhal lesen aku cun tersimpan dalam purse ja.buat kenangan orang cakap. nak bawak kereta macam tak berapa nak berani. sebab amek lesen pon dulu kena paksa dengan mak aku tuk penuhi masa lapang cuti semester.

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger