Monday, August 31, 2009

berulang lagi..bukan sekali dan bukan juga dua kali..

salam ramadhan..
dh lame x menulis entry bru..
bru pulih dri demam yg agak teruk jugak..
tpi kini dh semakin beransur baik...
cuma batuk yang masih bersisa...
agak susah untuk dihilangkan...
hmm..
tak byk untuk diperkatakan kali ini
cuma terasa ingin meluah rase rindu yang membuak-buak
rase rindu ini semakin dibiarkan semakin parah
ingat akan semakin surut
mana mungkin akan surut selagi rasa itu tidak dipenuhi..
actually rindu ini bukan untuk siape-siape pon
cuma untuk keluarga yang sentiase merestui apa jua yang aku lakukan
seyes tak tipu aku sangat merindui mereka
hampir saban waktu aku terasa seperti ingin menelefon mak ku
tapi apa pula katenya nanti
dia pon ada sesuatu yang ingin dikerjakan
bukan sekadar ingin melayan teletah aku yang memang sentiasa ingin bermanja dengannya
(ish malu la pulak besar-besar pon masih nk bermanja ngan mak..hehe)
adatla kan anak ngan mak mana boleh dipisahkan..
lepas mak siapa lagik kalau bukan ayah
sangat rindukan suara abah yang sememangnya suka menyanyi
suara abah yang sentiasa tak putus-putus memberi kata-kata semangat
antara bait-bait yang aku hafal seperti"da mesti kuat sebab da adalah anak abah..mesti ada jati diri dan semangat macam abah"
tu dikala aku memang sudah hampir berputus asa
(especially mase nk dekat-dekat exam)
aku yang hampir layu akan bangkit sesegar kembangan ros yang merah mewangi..
aku tahu aku mesti kuat untuk ma dan abah
tapi rasa rindu ini seolah-olah telah membunuh rasa semangat itu..
rindu oh rindu
tinggal beberapa belas hari sebelum balik beraya..
sangat menantikan hari itu..
dah tak tertelan rasenye masakan kedai adam
hari-hari aku hanya membazir
beli sebungkus tapi hanya separuh bungkus berjaya dihabiskan
entah mengapa memang tak boleh nk telan..
dah tu hari hari disini hanya bermula dengan buku dan akan berakhir jua dengan buku
(maksudnya bgn tidur tengok buku tidur pon dengan buku)
bukan mengeluh tapi terasa bosan
entah kemana semangat yang dulunya berkobar-kobar
seakan-akan terpadam dek simbahan hujan yang membasahi tanah
sejak semenjak dua menjak ni..
boleh dikatakan setiap hari hujan
mungkin itu juga mendorong rase rindu yang tidak mungkin akan pernah terhenti ini
jika hendak dikira memang
luahan rasa ini tidak mungkin akan habis
jika hendak dijadikan entry.
biarlah yang lain-lain itu hanya tersimpan kejap
di hati penulisnya
tidak mungkin semuanya mampu untuk dicurahkan
sesetangah hal perlu dan amat sulit untuk dihebahkan
apatah lagi untuk menjadi tatapan umum

notakaki:bahasa sastera sekali sekala amat perlu untuk menggambarkan keadaan sebenar si penulis..hehe

4 comments:

beliamuda said...

tak salah merindu.. apatah lagi pada mak ayah...

Tendou Sani said...

erm...

Syafuan said...

nak "erm..." jugak la...

erm...

think little of ..me said...

haha..jom pakat erm ramai2..

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger