Sunday, September 25, 2011

Rasa itu.

Hmm..dah lama tak ber-emo disini. Empat bulan dirumah tiada apa yang perlu di-emo kan. Dimanjai siang malam bagai puteri, bila kembali ke asrama rasa lah kau. Betapa hidup sendiri itu susah. Uraturat kasar di tapak tangan kembali menjelma. Mengikat perut sambil melayan usikan nakal imbasan makanan di rumah itu dah jadi satu tabiat. Bukan ketiadaan duit tapi ketiadaan rasa untuk merasa apa jua yang dihidangkan di kedai sana. Yang akhirnya diputuskan untuk menahan saja amaran bunyibunyi keras hasilan si perut. Paling tidak jika tidak tahan ku kunyah laju penuh rakus Mister Potato Crisp kaler biru. Itu pon stoknya sudah habes malam ini. Itu kisah aku,rumah dan makanan.

Malam ini sunyi. Di saat mata tak mahu mengundurkan diri tapi ketiadaan rasa untuk menyelak muka surat bukubuku tebal puluhan dan ratusan ringgit itu apatah lagi menyiapkan segala bagai keskes pesakit yang berpenyakit itu. Aku memutuskan untuk menulis. Perkara biasa yang aku lakukan cuma kadangkadang terzahir di sini kadangkadang sekadar bertulisan cakar ayam di benak cuma. Di benak yang terlampau banyak hal yang tersimpan. Kadangkadang tak tertanggung oleh tubuh kecil ini.

Tapi itu hal aku. Aku punya hal. Kadangkadang aku biarkan sahaja hal  yang macammacam itu. Membiarkan hal itu membuat hal masingmasing. Dengan harapan hal itu selesai dengan sendirinya. Tapi mana mungkin. Lambat laun hal yang macammacam itu akan mencari aku jugak minta diselasaikan. Bila tiba saat itu lah yang membuatkan malam aku seperti malam ini. Malam yang tak mampu untuk melelapkan mata. Satu hal yang aku paling tidak suka kerana ia mengganggu perjalanan hidup aku untuk hari esoknya. Nanti mesti timbul hal yang baru. Itu yang leceh. Bosan!

Aku bukan bosan dengan hidup aku. Cuma aku bosan dengan hal yang macammacam itu. Sampai satu tahap bila aku terlampau melayan hal yang macammacam itu hasilnya dua semester jugak lah keputusan peperiksaan aku macam haram. Itu yang aku nak damn sana damn sini. Tapi gunanya apa berkelakuan begitu jika akhirnya batang hidung sendiri yang sakit.

Azam aku sebelum jengahkah muka di pintu pagar desasiswa aku nak simpan kejapkejap hal yang macammacam itu kat sini. Dalam hati. Biar mati di ‘metabolised’kan oleh enzyme hati lalu boleh di ‘excrete’ kan melalui urine. Tapi hampa! Hal macammacam yang lain pulak yang datang. Hal yang setahun lepas. Yang aku rasa sudah aku campak ke dasar hati paling jauh. Kalau nak cecah kesana mahu lima enam tangki oksigen diperlukan.Oh damn!

 

notakakitangan: Aku harap aku tabah. Itu sahaja yang aku perlu saat ini.

Wednesday, September 21, 2011

Mr Rieri. I love you!

Hey! I have a new boyfriend. Secondary boyfie. The other **Ri is still my number one. Aha!

Riri

notakakitangan: Berborak dengan benda bukan hidup ni seronok sebenarnya. Dia tak melawan.

 

R U Ready to win RM 1,000? http://goo.gl/IF0LA

Saturday, September 17, 2011

Ada Kejutan Tak Terduga.

It has being a week actually. Tapi baru nak update. Orie kan kerja tangguh-menangguh tu dah sebati dalam diri. Bestfriend forever. BFF! haha.

Yes talking about surprise. You love it, ain’t you? Me too. Surprise yang aku dapat tu dah setahun lamanya aku tunggu sampai aku dah tak ingat yang aku tunggu ‘benda’ tu. Then suddenly aku dapat jugak ‘benda’ tu melalui inbox facebook. Walaupon setahun tapi ‘benda’ tu macam memberikan satu penjelasan walaupon tak berapa jelas but at least aku boleh faham. Macam kau baca nota physiology lah kau rasa kau faham but then bila kena soal dalam kelas kau sebenarnya tak faham pon.

Written there :

     ‘ i’m not good with words.’- Someone.                                 

But then you know, i’m touched badly. Nangis! Air mata the only way how i convey my feeling. Marah pon aku nangis apatah lagi sedih ataupon terharu. Double airmata lah jawabnya. Yes! Aku terharu dengan penjelasan itu. At least u made an effort tough it takes a year.

 

notakakitangan: For that ‘pissed off’ thing i’m truly sorry. Didn’t mean it. For hurting someone like you is my bad.

sorry
© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger