Tuesday, December 18, 2012

Selamatnya Menjadi Pegawai Farmasi

Fuh!!!!!!!!!!!!!!! Tu tiup habuk kat blog.

Ok. Ceritanya bermula begini. Setelah berbulan-bulan menghabiskan beras dekat rumah akhirnya aku selamat lah jua melaporkan diri di JKN Melaka sebagai Pegawai Farmasi pada 10/12/12. Nak tunggu 12/12/12 tapi macam dah lambat sangat. Sebab sepatutnya report duty pada 3/12/12. Tapi postpone seminggu sebab nak carik rumah sewa semua.

Lepas report duty hari Isnin tu kat JKN, terus ke rumah sewa wat masuk barang-barang. Bawak sikit je dulu untuk keperluan asas. Rumah sewa pulak duk 4 orang termasuk aku. Tapi kitorang duk ngan owner. Sepasang suami isteri yang boleh dipanggil atuk dan nenek. Aku duk sebilik dengan dua orang lagi kawan USM aku. Yang sorang lagi budak UM duduk bilik belakang sikit. Kitorang sepakat nak duk sebilik 3 orang sebab takut. Rumah atuk nenek tu panjang sangat. Dan boleh dikatakan kat bahagian belakang tu tak guna langsung. Nenek tu dia kena stroke sebelah badan. So dia just duk kat katil ruang tamu rumah. Atuk tu pulak duk bahagian depan rumah je. Dapur,mesin basuh, bilik mandi dia semua kat bahagian depan. So boleh dikatakan bahagian belakang rumah tu kitorang berempat je duk conquer. Memang rasa macam rumah sendiri. Mula-mula rasa nak duk kejap je situ sambil-sambil cari rumah sewa lain. Tapi dah seminggu duduk rasa macam nak stay je situ. Sebab rumah tu betul-betul depan spital. Pepagi takyah la nak bangun awal-awal bersesak-sesak. Just kena cross jalan 5 minit jalan kaki dah sampai main pharmacy boleh punch card. Takyah pening-pening nak cari parking bagai.

Minggu first masuk kerja memang terkial-kial jugak. Tercampak dekat satelit pulak tu. Satelit tu macam bahagian untuk supply ubat dekat pesakit yang ada dalam ward. Nanti nurse akan hantar indent ubat apa yang Doc prescribed kat patient nanti kita lah yang kena masukkan ubat dalam bekas ubat pesakit. Nak kena cepat nanti nurse nak datang amek balik. Letih la jugak. Mostly kena berdiri je.

Ni dah masuk minggu kedua kat hospital melaka. Jadual tetap dah keluar. Aku kena bahagian Therapeutic Drug Monitoring ( TDM). Agak cuak jugak at first. Tapi bila dah masuk senior dan jugak pegawai farmasi baru dah ajar rasa macam menarik pulak. Pagi-pagi datang run machine TDM. Kalau nurse dah hantar sample darah boleh run sample. Nak tengok ubat dalam darah tu cukup ke tak cukup. Nanti dah keluar result kita kena bagi recommendation sama ada patient tu ubat cukup ke tak. Nak kena taper down ke increase dose. Or kekalkan dose asal cuma kena pantau supaya patient makan ubat dalam erti kata lain compliance.

Seronok la yang boleh aku cakap setakat ni. Nanti kedepan masa tak tahu la pulak macam mana. Harap-harap semakin seronok. Sebab hari-hari akan belajar benda baru. Jumpa orang baru. Woi aku dah bekerja dah sekarang ni. Bulan-bulan masuk gaji. Enjoy! kahkahkah. Boleh la bergelak ketawa oncall tak start lagi. Masih bekerja office hour. Weekend cuti. Nanti dah start oncall malam tak boleh tidur, weekend kerja, balik tak semestinya pukul 5.Silap-silap balik pukul 10 malam. Takpe la ni kerja yang aku pilih untik masa depan aku. Aku dah tanam dalam hati apa-apa jadi kena marah ke kena perli ke ambik je tu semua sebagai pengajaran. Mana ada benda datang dengan mudah. Ye dak? Macam pepatah bersusah-susah dulu la..nanti dah masuk gaji bersenang-lenang la pulak. lol!

Lagi sejam nak rehat. Laparnya!

K.bye.xoxo. (amboi kemain xoxo. pengaruh cerita Istanbul Aku Datang) :p

 

3 comments:

Anonymous said...

各フラットはその
必要性のために本当に便利なものを提
供するだけでなく女性
にスタイリッシュで
ファッショナブルな外観を提供するように設計
されています

My webpage ... ミュウミュウ 新作

Anonymous said...

This comes inside of handy if you discover yourself short your
time and energy. There's a reason why a lot of of these mood tees are evident in movies nowadays. Between I-J, one can see colors even with each naked eye. nike Zoom Kobe men basketball shoe is genuinely a excellent searching for shoe. http://www.robocasa.com/userinfo.php?uid=3254

Review my site :: air max sklep internetowy

violent shop said...

thank
- jual titan gel

- titan gel asli

- titan gel original

- Jua obat pembesar penis

- Jual Obat Pembesar Alat Vital Pria

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger