Thursday, October 18, 2012

Tidur Balik.

Tadi pagi, aku celik mata dan nampak 6.40. Aku gegas turun katil. Teguk segelas air kosong. Awek muda orang cakap. Wuduk. Solat. Doa. Mengaji.

Terhenti sejenak daripada berbuat apa-apa.

Tenung katil. Dengar hujan renyai-renyai. Menggoda betul. Tapi semalam punya janji dekat diri sendiri pagi ini bangun dan tolong jangan tidur balik. Buat la apa-apa yang patot. Kemas rumah sambil layan MHI mungkin. Tapi aku manusia biasa. Sentiasa mungkir janji. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri.Ya! Dan kali ini aku mungkiri satu lagi janji iaitu tolong jangan tidur balik selepas solat subuh.

Hujan punya pasal.

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger