Saturday, May 14, 2011

penat macam pindah rumah baru!

Pheww! spent two days hanya untuk kemas bilik tidur dinding kuning. Sangat penat. Kemas bukan sebab bersepah tapi terasa macam nak ubah suai sikit susunan perabot dalam bilik ini. Since terbinanya bilik di atas nama Orie Sdn Bhd yakni aku, ini adalah first time susunan perabot bilik ditentukan sepenuhnya oleh aku.haha.

Kalau dulu sebelum kakak aku yang sorang tu  kawen aku kongsi bilik dengan dia. Memandangkan aku sejujur dan seikhlasnya mengaku aku takut tidur sorang.haha. So, segala urusan bilik tidur ditentukan sepenuhnya oleh dia. Tapi since dia dah kawen so aku mendapat geran bilik untuk perseorangan tanpa kongsikongsi.Namun, sejak mendapat geran bilik tu aku tak berpeluang mengemaskini perabot bilik atas kehendak sendiri memandangkan aku berada di luar negeri.Yakni aku berada di Penang.haha. So kali ini segala urusan bilik diuruskan sementara oleh mum tercinta tanpa bantahan daripada siapasiapa.

Memandangkan aku dibenarkan bercuti selama 4 bulan oleh pihak kementerian pengajian tinggi Malaysia, so aku dengan izin yang berhormat mum tercinta ingin mengubah kedudukan perabotperabot bilik. Bermula semalam segala perabot bilik telah berubah ke kedudukan baru.Menambahkan lagi seri bilik dinding kuning ini. Dan selepas seminggu bercuti barulah bajubaju yang dibawa pulang dari Penang sebanyak dua bag troli itu di-unpacking. Rajin gila mak nyah! hahaha.

 

notakakitangan: tiada tangkapan gambar ditangkap memandangkan aku rasa ia sangat privacy untuk di show off kepada public.cewaaaah! *bajet artis nih*

notakakitangan: memandangkan aku kena berseorangan so tidur malam aku tak tutup lampu. memang bil letrik bila aku berada di rumah agak tinggi. tidur malam lampu tak tutup tambah laptop lagi 24 hours.haha.

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger