Monday, August 6, 2012

Bila kita ada dua.

Sudahnya setiap apa yang berlaku sama ada mesej selamat pagi atau mesej selamat malam aku tetap ter-membandingkan antara 'dia' yang baru dengan 'kau' yang seboleh-bolehnya aku mahu jadikan kenangan. Aku mahu jadikan 'kau' sebagai somebody that I used to know.

Aku paksa untuk berkata tidak. Ya! Tidak! Aku tidak membanding antara 'kau' dengan 'dia'. Tapi apa jua yang berlaku dari sekecil-kecil hai dari 'dia' aku mesti nampak bayangan 'kau'. 'Kau' dulu tidak pernah berkata hai begitu. 'Kau' berkata hai begini. 'Kau' itu. 'Kau' ini. Sampaikan segala apa yang 'dia' buat aku nampak kurang sebab aku asyik masih nampak lebihnya 'kau'.

Ah! Lemahnya aku. Dan untuk 'dia' aku mintak maaf. Dan untuk 'kau' tiada pesanan yang mampu aku tuliskan.

Untuk semua: Salam Nuzul Quran.

 

0 comments:

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger