Monday, August 6, 2012

Bila kita ada dua.

Sudahnya setiap apa yang berlaku sama ada mesej selamat pagi atau mesej selamat malam aku tetap ter-membandingkan antara 'dia' yang baru dengan 'kau' yang seboleh-bolehnya aku mahu jadikan kenangan. Aku mahu jadikan 'kau' sebagai somebody that I used to know.

Aku paksa untuk berkata tidak. Ya! Tidak! Aku tidak membanding antara 'kau' dengan 'dia'. Tapi apa jua yang berlaku dari sekecil-kecil hai dari 'dia' aku mesti nampak bayangan 'kau'. 'Kau' dulu tidak pernah berkata hai begitu. 'Kau' berkata hai begini. 'Kau' itu. 'Kau' ini. Sampaikan segala apa yang 'dia' buat aku nampak kurang sebab aku asyik masih nampak lebihnya 'kau'.

Ah! Lemahnya aku. Dan untuk 'dia' aku mintak maaf. Dan untuk 'kau' tiada pesanan yang mampu aku tuliskan.

Untuk semua: Salam Nuzul Quran.

 

Monday, July 16, 2012

3.33 am

Aku dah type satu entry blog ada 4 perenggan tajuk dia Fuh!. Tapi disebabkan aku noob gila guna blogsy apps ni aku dah silap tekan butang. Dan dalam sekelip mata belum sempat neuron neuron otak aku bergabung entry tu dah hilang tepat jam 3.33 am.

Aku rasa aku dah patut letak kepala atas bantal sebab kalau aku stay lagi kat meja harus hancur ipad ni aku baling ke dinding. Heh! Kemain lah aku nak buat comeback kat sini. Apa aku tak baca doa menulis blog ke tadi?

Goodnight!

Saturday, March 17, 2012

Test..testing..123

Ekekek..dapat jugak benda alah yang orang panggil ipad2 ni. Agak lambat tapi dapat. Itu satu kepuasan. Kalau kira ini bukan satu keperluan tapi takpe satu kepuasan. Bersyukur. Lagi pon disponsor oleh En Ali. So kira ok lah tu. Terima kasih abah. Walaupon abah tak state pon ini sebagai present birthday aku tetap nak anggap sebagai present. Ekeke. Genap duoploh tiga ni macam best pulak sebab dapat banyak sangat kejutan daripada abah ngan mum. tak sia-sia balik bercuti. first abah belanja makan best punya. dah tu abah punya makanan pon nak aje sama macam birthday girl. Aku order chickenchop dia pon nak jugak padahal dia tak makan pon chickenchop sebab abah lebih suka lambchop. tapi birthday girl punya pasal dia makan jugak. Sweetkan? hahaha.

mum pulak belanja kain sepasang untuk pergi pharmnite. Aku ingat nak pakai je baju kurung yang dah ada cuma nak suh la kakak aku jahit manik sikit-sikit. Tapi mum tak kasi suh beli baru. Dia cakap baju tu nampak tak cantik kita kena jaga keterampilan dalam majlis macam ni mum cakap. Eh makan malam je kot mum. Takpe lah dah orang nak belanja kita dah tak fikir nak berjimatlah. hahaha.

bab kakak aku pulak tak bagi hadiah apa-apa pon tapi dia banyak menyumbangkan idea dalam mendesign baju tuh. Dari jenis kain sampai ke fesyen dan tukang jahit semua dia yang tentukan. Aku nanti tunggu terima siap je lah. Habis semua majalah dia belek. Aku sayang kakak aku sorang ni. Dia selalu belanja aku barang avon sebab dia nak kutip point bebanyak. hahaha.

Eh niat asal sesaja nak test apps blogsy dalam ipad ni je. dah termelalut kemana-mana dah. Ish! #kbai.

© 2011; Emo Itu Cute | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger