Tadi pagi, aku celik mata dan nampak 6.40.
Aku gegas turun katil. Teguk segelas air kosong. Awek muda orang cakap. Wuduk. Solat. Doa. Mengaji.
Terhenti sejenak daripada berbuat apa-apa.
Tenung katil. Dengar hujan renyai-renyai. Menggoda betul. Tapi semalam punya janji dekat diri sendiri pagi ini bangun dan tolong jangan tidur balik. Buat la apa-apa yang patot. Kemas rumah sambil layan MHI mungkin.
Tapi aku manusia biasa. Sentiasa mungkir janji. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri.Ya! Dan kali ini aku mungkiri satu lagi janji iaitu tolong jangan tidur balik selepas solat subuh.
Hujan punya pasal.