MV Want to but time.
notakakitangan: Adakah Nichan pon se-romantik Nikhun?
Have you sign up for the nightrace? Hey come and join me. http://goo.gl/7xBXz
notakakitangan: macam seronok pulak boleh join Wordless Wednesday nih.
Sounds of Malaysia: You Make It, We Air It! http://goo.gl/S3hO9
Lepas sebulan tayangan Karak di pawagam, baru semalam aku berpeluang tengok cerita tu. Aku tak pernah tengok pon trailer cerita tu. Tapi haritu ada la jugak aku ajak member aku tengok cerita tu tapi dia cakap dia taknak tengok sebab dia dah tengok trailer dan dia cakap cerita tu sangat menakutkan. Aku pon ada jugak terbaca di twitter tentang cerita karak nih.
So first impression aku pon ok cerita ni sangat menakutkan walaupun aku tak tengok lagi. Dan semalam siap je download, (opps!) setengah jam kemudian blackout sebab ada orang langgar tiang letrik. Berbekalkan bateri laptop yang tinggal lebih kurang dua jam lagi kami sekeluarga pon menonton lah alaala dalam wayang. Abah cakap eh macam tengok tv zaman abah kecikkecik dulu.
Aku senaraikan kat bawah ni apa yang aku puashati dan tak puashati tentang cerita nih:
Puashati:
Tak puashati:
notakakitangan: Kalau dalam kategori cerita melayu cerita nih best jugak la kalau nak layan.
Hohoiii. Kali pertama nih aii join contestcontest tayang muka bagai. Sapa tau percubaan pertama menjadi kan. Tuah ayam nampak di kaki tuah aii nampak di shawl.
Aii tergerak hati nak join contest nih sebab syaratsyarat yang dikenakan macam kena je ngan aii. haha. Tak susah mana. Ala sesenang macam kau tekan like button kat facebook tuh. Senangkan? So aii tayangkan kat bawah tu syaratsyarat penyertaan. Kalau rasa nak bersaing dengan aii jom lah join sekaki. Acece ayat tak leh blah ah kau!
Syarat-syarat penyertaan:
Aii pertaruhkan yang ini. Ekeke.
So apa tunggu lagi jom kita bersaing secara sihat di alam maya yang sungguh indah ini.
notakakitangan: Aii tag kawan aii yang kaki shawl jugak Theyanasensei.
Good relationships don’t just happen, they take time, patience & two people who truly want to be together.
@TheNoteboook.
Aku tahu kau rasa tersisih sebab ramai duk kejarkejar kawan kau yang nama iphone4 tu tak pon yang nama ipad2 tu kan. Aku tahu kau kecik hatikan sebab hari tu kau dengar yang aku ada mintak izin dengan mum aku yang aku terasa seperti ingin meminang je salah seorang dari yang dua yang selalu dikejarkejar orang tuh kan. Aku baru je berniat. Tak tunaikan pon lagi. Tapi kau dah terus tunjuk muka yang sangat menyakitkan aku. Penat aku ke hulu ke hilir tanya mr google nak ambil hati kau balik.
Tapi kau degil. Seminggu jugak lah jenuh aku duk nak settle kan masalah tu. Sampai satu tahap aku give up dah nak selesaikan sendiri so aku bawak kau pegi jumpa tauke kedai cina yang jual kawankawan sejenis kau. Mahu mati terkejut beruk aku dengar yang tauke cina tu kata nak pulihkan kau aku kena bayar pengeras 150 tunai.Gila hape mahal macam bedil.
Aku pon bertekad dalam hati benda nih aku boleh settle sendiri. Masalah aku apa nak susahkan orang. Aku try punya try sampai menangis aku cakap kat diri aku apasal aku tak pandai nak settle masalah ni sendiri. Kan best kalo aku terror macam hacker yg duk serang website kerajaan tuh. Jahat noh depa. Eh lari tajuk. Biasa kalo nak lepas tensen tak boleh nak settle masalah macam ni aku hentakhentak mouse aku. Tapi kali ni aku tak buat macam tu sebab mouse baru beli.Mouse wireless boleh guna dalam jarak 10meter aku habaq hang!
Aku try lagi hari ni satu hari suntuk untuk pulihkan kau sampai sepatutnya aku keluar teman mum aku shopping barangbarang dapur petang tadi tapi dibatalkan sebab mum aku faham yang aku dalam keadaan stress yang amat tak dapat nak selesaikan masalah aku dan kau. Dah malam aku masih tak dapat cari penyelesaiannya. Berhenti solat mahgrib lepas tu keluar teman mum beli barangbarang dan keluar dinner. Singgah Arianni kejap nak cari tudung matching ngan baju nak pergi kenduri cousin kesayangan esok. Tak pergi kang abah kecil hati sebab tu anak sedara dia. Dah tu lupa pulak nak mintak card gold arianni dari kakak aku. Kalau tak dapatlah diskaun 20-30%.Call dia tak dapat. Balik rumah rupanya dia pon keluar. Sekali bila balik tanya dia pegi mana rupanya dia duk syok shopping laki bini sebelah je ngan kedai mum aku duk beli barangbarang dapur tuh. Ok double stress di situ!
Balik dari dinner sambung cari tips nak baikpulihkan kau. Tanpa diduga dengan kuasa kehebatan pencarian di google.com dan kuasa Dia, yeay i DID! Hoh kenapa tak jumpa penyelesain nih seminggu lepas. Sampai hati kau buat aku nangis2 camni. Dan disebabkan itu aku dah nekad salah satu dari kawankawan kau yang selalu di kejar orang semenjak dua menjak ni akan menjadi milik aku.
Ni lah rupa merajuk kau yang buat aku hangin satu badan.
Ni mouse yang aku guna. Wireless mouse. Still sayang nak hempashempas.Tunggulah sebulan dua lagi.
notakakitangan: Sepatutnya senang je nak keluar dari recovery mode nih. Main on/off je. Tapi apasal ntah iphone aku macam tak nak jalan guna cari tuh. Tu makan masa seminngu nak pulih.
notakakitangan: Eh iphone4 ke ipad2 nih? Ke samsung galaxy tab?
Eh nora elena lagi. Tiap kali pukul 7 malam je timeline twitter mesti penuh hashtag noraelena.Bila aku baca caracara mahupon tips nak naikkan trafik kat blog, kita kena guna tajuk pasal benda yang tengah hot sekarang nih. *eh kau siap baca tips bagai*.haha. Trafik tak naiknaik jugak.Alah aii tak chantek macam hanis zalikha. Macam tajuk aku guna tuh.Nora elena tengah jadi fenomena kot. Dengan Setan tu lagi. Eh silap Seth Tan la. Semua awek sebelum tidur tepuk bantal 3 kali nak mimpi Seth Tan tu jadi laki dia. Tau sangat la. Kalau yang awek tu tak pe lagi. Yang masalah nye si mak awek yang laki tengah tidur sebelah pon nak jugeekk mimpi Seth Tan. Ohmai!
Eh termelalut.
Ok back to the main point lagu tema Nora Elena. Aku suka betul dengan dua lagu tema dalam cerita tuh. Lagu Sofaz yang tajuk Dan Bila Esok plus lagu yang tajuk Terhenti Di Sini nyanyian Asfan. Seriusly tak kenal pon sapa si Asfan nih. Tapi best jugak suara dia. Ok. Why? Why? Why? Aku suka lagu nih?
Sila jangan menyampah.
Alah korang pon kalau dengar lagu then tibatiba lagu tuh kena lak ngan jiwa dan emosi korang time tuh aku sure kuasa empat korang akan dengar lagu tuh 25 jam/8 hari kan? Belum sempat habis lagu tu korang cepatcepat putar balik kan. Tak pon korang siap wat playlist asing yang hanya ada lagu tuh je kan. Tak pon korang buat nada dering kan. Tak pon buat profile picture kat facebook yang ada lirik lagu tu kan. #Ehsamalah.Terkebetulan itu dah memang di takdirkan dah.
Cinta datang dan pergi. Tapi kalau boleh dah sekali datang mesti dah taknak mintak pergi kan. Biarlah stay kat situ (baca hati) sampai mati kan. Tapi iyelah kita siapakan nak halang takdir. Biarkan jelah. Redha. Sabar.Kuat. Doakan moga masih ada harapan ke arah kebaikan yang korang dambakan. Tak perlu nak negative sangatlahhh. Aku pon sama.
Eh termelalut lagi.
Ok lah kauorang layankan jelah lirik kat bawah nih. Plot ceritanya, at first situasi 1 yang terjadi. But then lamalama situasi 2 pon terjadi. Ok selamat memahami plot situasi aku sekarang nih.*Eh tapi tak paksa*
Terhenti Di Sini.
(Situasi 1)
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta.
Dan Bila Esok.
(Situasi 2)
Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya.
notakakitangan: kalau tak faham jugak boleh pm aku.heh!
notakakitangan1: Si asfan nih muka emo tapi dalam hati ada taman.Muka dan lagu tak sehala langsung.
Ok hari ini cukup sepuluh hari menompang di desasiswa saujana M04 tingkat 9 lepas tu pindah turun tingkat 7 sebab tingkat 9 takde orang duduk. Takut aku habaq hang. Alasan menumpang adalah sebab outstation(baca kscp). Alasan oustation sebab masa semester 5 aku banyak mainmain tak ingat dunia. Buku letak tepi bajet dalam masa dua hari boleh cover subjek untuk satu sem. #ohsem.
Bila keluar result #ohsem ada * kat hujung lulus (lulus*). Bukan failed hokkey. Ulang bukan failed tapi lulus bersyarat. Syaratnya aku kena ulang balik subjek tu macam apa tengah aku buat ni. Orang tengah syiok bercuti bersuka ria bersama famili pakwe tunang mahupon suami, aku di sini bertungkus lumus siang dan malam mengulangkaji subjek yang dah dekat setahun aku tinggal. Ok tipu di situ. Dah sepuluh hari di sini dan sebetulnya hari ini eh silap lepas taip entry ni baru nak setadi betulbetul macam setadi time SPM dulu.
Aku tak nak tinggal di sini sebenarnya. Nak duduk kat rumah je bila dah dekat dengan tarikh exam baru menjelma tiba di sini.Tapi aku anak solehah yang ikut sebijik-bijik apa mak aku cakap. Mak aku cakap duduk hostel boleh fokus setadi. Duduk rumah mak aku cakap aku banyak tido. Tapi aku rasa tinggal hostel lagi banyak tido. Buktinya dah sepuluh hari aku disini lepas taip ni baru nak setadi. Dua minggu yang diperuntukkan oleh school sebelom tarikh peperiksaan aku gantikan dengan tido tanpa gangguan. Siapa nak ganggu aku tido kat sini. Roomate aku dah sahsah takkan kejut aku dari tido sebab dia pon kalo aku tak bangun dia tak bangun.
Aku sebenarnya nak taip post yang pendek je. Yelah nak setadi nih. 7/6 aku dah exam. Bilang tengok berapa hari je lagi tinggal. Tapi ntah apa ntah tangan ni macam taknak berhenti menaip sebab kalau aku menaip aku tak yah setat setadi lagi. macam watefisherman betul tangan nih. okbai. *bukak twitter plak*
notakakitangan: tadi turun beli air pearl’s power root ngan roomate konon nak stay up. Tapi baru nak letak noktah akhir entry aku dengar dia merungut ‘minum lah bapak pearl’s pon aku tak kiraaa..’ tak sempat habes ayat aku pusing tengok dia dah tido.